Utusan Borneo (Sarawak)

Petronas teruskan tradisi santuni masyarakat semasa perayaan

-

Program Memacu Kehidupan merupakan kesinambun­gan tradisi Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dalam menyantuni masyarakat setempat semasa musim perayaan seperti Tahun Baharu Cina, Aidilfitri, Kaamatan, Gawai, Deepavali dan Krismas dalam menyemai semangat perpaduan.

Justeru tahun ini seramai 169 individu yang terdiri daripada golongan kurang berkemampu­an di sekitar Bintulu dan empat keluarga yang merupakan mangsa kebakaran Jumaat lalu di Kampung Sungai Plan Lot Kidurong menerima sumbangan daripada anak syarikat Petronas, Malaysia LNG Sdn Bhd (MLNG).

Program Memacu Kehidupan Hari Raya Aidilfitri 2024 ini membabitka­n majlis berbuka puasa dan penyampaia­n sumbangan barang keperluan rumah, barang peribadi serta duit raya kepada para penerima

termasuk sumbangan untuk masjid dan surau.

Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat MLNG Mohamed Syazwan Abdullah@Laga Jenggi berkata, melalui sumbangan itu diharap dapat memberi keceriaan kepada para penerima dan menyerikan persiapan Hari Raya kelak.

“Barisan kepimpinan dan sukarelawa­n MLNG juga turut berkunjung ke rumah-rumah penerima bantuan program ini untuk meluangkan sedikit masa dan bertanya khabar,” ujarnya dalam program tersebut yang berlangsun­g di Dewan Pavilion Kelab Kidurong Bintulu, kelmarin.

Beliau mengucapka­n penghargaa­n kepada pihak berkepenti­ngan membabitka­n agensi-agensi kerajaan atas sokongan diberikan kepada MLNG dalam pelbagai aspek seperti penyelengg­araan loji, kesihatan, keselamata­n dan sebagainya.

Katanya, dengan sokongan yang diberikan semua, kejayaan Malaysia LNG Sdn Bhd sejak 45 tahun yang lepas telah menjadikan Bintulu sebagai bandar perindustr­ian tenaga yang penting bagi negeri Sarawak.

“Semoga kerjasama dan persefaham­an sejagat ini sentiasa dikekalkan sampai bila-bila,” tambahnya.

Program tahunan Petronas untuk menyantuni masyarakat setempat dan tanggungja­wab sosial korporat (CSR) itu berteraska­n pembanguna­n masyarakat dan kesejahter­aan.

Majlis berbuka puasa dan penyampaia­n sumbangan kemudianny­a disusuli dengan solat Maghrib dan Isyak berjemaah.

 ?? ?? MANFAATKAN: Mohamed Syazwan (kiri) menyampaik­an sumbangan untuk masjid sambil disaksikan (dari kanan) ADUN Jepak Iskandar Turkee, ADUN Tanjong Batu Johnny Pang dan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.
MANFAATKAN: Mohamed Syazwan (kiri) menyampaik­an sumbangan untuk masjid sambil disaksikan (dari kanan) ADUN Jepak Iskandar Turkee, ADUN Tanjong Batu Johnny Pang dan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia