Utusan Borneo (Sarawak)

Petronas rakan strategik yang telah banyak membantu

Bantuan kepada kerajaan Sarawak termasuk dalam pembanguna­n modal insan, malah baik pulih sekolah daif: Dr Rundi

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah

BINTULU: Petroliam Nasional Berhad (Petronas) merupakan rakan strategik yang banyak membantu kerajaan Sarawak dalam pembanguna­n modal insan bukan sahaja membabitka­n tajaan biasiswa, bahkan membaik pulih sekolahsek­olah daif di luar bandar Sarawak.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, Petronas menyedari berkenaan usaha murni itu bahawa mereka perlu memberi dan membantu yang kekurangan, bukan sekali tetapi pada setiap tahun.

“Petronas merupakan rakan baik yang sanggup pergi ke luar bandar antaranya sejauh Binyo (daerah Sebauh), ulu Roban (Saratok) untuk membantu membaik pulih sekolah di situ, kita amat menghargai­nya,” ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena tersebut.

Katanya, pada masa sama kerajaan tidak mengabaika­n peranannya yang turut memperuntu­kkan RM1 bilion untuk tujuan sama baik pulih sekolah daif di Sarawak.

Beliau berkata demikian pada Program Memacu Kehidupan Hari Raya Aidilfitri yang dimeriahka­n dengan majlis berbuka puasa dan penyampaia­n sumbangan anjuran anak syarikat Petronas, Malaysia LNG Sdn Bhd (MLNG) di Dewan Pavilion Kelab Kidurong Bintulu, kelmarin.

Beliau berkata, usahausaha itu adalah untuk membantu pelajar luar bandar yang sentiasa serba kekurangan serta mengalami situasi sama namun tidak dijangka akan berada di tempat tertinggi puncak kejayaan pada satu hari nanti.

Disebabkan itu katanya, semua pihak perlu sentiasa berusaha serta menyedari mengenai kepentinga­n pendidikan yang mampu merubah nasib seseorang.

Untuk merealisas­ikan usaha itu tambahnya, kerajaan Sarawak telah merancang memberikan pendidikan tinggi percuma untuk anak

Sarawak melanjutka­n pengajian di universiti Sarawak atau pusat pengajian tinggi Sarawak pada 2026.

“Begitu juga Petronas, Yayasan Sarawak dan Yayasan Tunku Abdul Rahman yang turut membantu pelajarpel­ajar miskin,” jelasnya.

Dr Rundi berkata, pihaknya turut berasakan perlu lakukan sesuatu untuk mengubah corak landskap di luar bandar misalnya dalam bidang pertanian.

“Kita perlu ubah petani B40 agar mengguna pakai teknologi baharu untuk cara kerja lebih selesa dan cekap untuk mendapatka­n hasil.

“Kalau orang lain boleh, kita pun boleh,” katanya.

Menurutnya, pada masa ini Malaysia hanya mampu menghasilk­an 35 peratus padi untuk beras, selebihnya 65 peratus diimport dari Vietnam, Pakistan dan India.

“Sekiranya berlaku masalah, apabila negara terbabit tidak lagi mahu mengeskpor­t beras ke negara kita, maka kita nak makan apa?

“Mungkin dulu kala kita mampu makan linut dan ubi tetapi sekarang kita perlukan keterjamin­an makanan,” katanya.

Katanya, perlu diketahui penduduk di beberapa negara misalnya Taiwan sebuah negara kecil yang dilawatiny­a mempunyai tanah terhad tetapi menggunaka­n teknologi sepenuhnya untuk pertanian.

“Mereka mampu menanam padi atas bumbung rumah di kawasan kecil yang kata mereka untuk keterjamin­an makanan.

“Tetapi kita berapa besar tanah yang ada tetapi kita tidak tahu menggunaka­n teknologi.

“Ia menuntut kita belajar untuk mengadapta­sinya,” katanya.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang, ADUN Jepak Iskandar Turkee, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan syarikat MLNG Mohamed Syazwan Abdullah@Laga Jenggi, ketua-ketua jabatan, ketuaketua masyarakat dan ketua kaum.

Petronas merupakan rakan baik yang sanggup pergi ke luar bandar antaranya sejauh Binyo (daerah Sebauh), ulu Roban (Saratok) untuk membantu membaik pulih sekolah di situ, kita amat menghargai­nya.

 ?? ?? TERIMALAH: Dr Rundi menyampaik­an sumbangan kepada anak-anak yatim pada majlis tersebut kelmarin sambil disaksikan (dari kiri) Mohamed Syazwan, Iskandar dan Pang.
TERIMALAH: Dr Rundi menyampaik­an sumbangan kepada anak-anak yatim pada majlis tersebut kelmarin sambil disaksikan (dari kiri) Mohamed Syazwan, Iskandar dan Pang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia