Utusan Borneo (Sarawak)

Beberapa projek rakyat di DUN Tanjong Batu berjaya disiapkan

-

Pembanguna­n beberapa projek untuk rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Batu telah berjaya disiapkan.

Projek tersebut terdiri daripada usaha menaik taraf Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua dan bumbung parkir Gereja Methodist serta pembinaan gelanggang bola keranjang di Taman Gloria dan laluan penjalan kaki berbumbung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar serta lain-lain.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang berkata, beliau berterima kasih kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang meluluskan pembinaan Dewan Serba Guna dan Surau Sekolah Kebangsaan (SK) Asyakirin.

Pembinaan dewan serbaguna berdekatan Dewan Suarah Bintulu itu yang menelan kos RM25 juta dan surau SK Asyakirin Bintulu yang bernilai RM1.5 juta dimohon Pang semasa Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2024 Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintulu pada 15 Februari tahun ini.

“Semua kemudahan ini adalah untuk keselesaan rakyat,” kata Pang semasa ditemui serta melawat dan meninjau perkembang­an terkini beberapa projek di sini, kelmarin.

Antara yang ditinjau adalah perkembang­an terkini projek laluan pejalan kaki di SJK Chung Hua Bintulu dan laluan pejalan kaki berbumbung SMK Bandar yang telah siap dibina.

“Saya gembira melihat projek ini sudah siap. Harapan saya, laluan pejalan kaki ini akan memberi keselesaan dan keselamata­n kepada anak-anak ke sekolah ini,” katanya.

Beliau berkata, beliau berterima kasih kepada semua

yang terlibat dalam menjayakan projek tersebut, sekali gus melihat usaha ini akan memupuk budaya keselamata­n dalam kalangan masyarakat terutama semasa berada di jalan raya.

Berkenaan projek naik taraf gelanggang bola keranjang berbumbung di Taman Heng pula katanya, projek tersebut telah siap 90 peratus.

“Di taman ini penuh dengan semangat komuniti, justeru kita berharap dengan adanya kemudahan gelanggang ini akan memberi peluang kepada anak-anak muda untuk berkumpul dan bersukan,” katanya.

 ?? ?? BERPUAS HATI: Pang diiringi guru-guru semasa meninjau projek laluan pejalan kaki berbumbung SMK Bandar yang telah siap dibina.
BERPUAS HATI: Pang diiringi guru-guru semasa meninjau projek laluan pejalan kaki berbumbung SMK Bandar yang telah siap dibina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia