Utusan Borneo (Sarawak)

KWB sedang menaik taraf salah satu loji di Batu Kitang: Julaihi

-

Lembaga Air Kuching (KWB) sedang menaik taraf salah satu lojinya di Batu Kitang bagi meningkatk­an kapasiti pengeluara­n air terawatnya kepada 884 juta liter sehari (MLD).

Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi Dato Sri Julaihi Narawi berkata, kapasiti Loji Rawatan Air Batu Kitang pada masa sekarang ialah 780 MLD bagi memenuhi permintaan sebanyak 730 MLD.

“Loji yang dinaik taraf sekarang ialah akan memberi tambahan kapasiti 104 MLD menjadikan jumlah kapasiti kepada 884 MLD.

“Jadi kita berharap dengan peningkata­n hasil air di loji yang sedang dinaik taraf ini, kita dapat membekalka­n air yang diperlukan bagi kawasan bandar Kuching, Petra Jaya, Santubong, Rambungan,

Sampadi dan Demak Laut.

“Ini antara kawasan yang mendapat manfaat daripada penarafan loji di Batu Kitang ini,” katanya kepada pemberita semasa lawatan ke Loji Rawatan Air Batu Kitang di sini, hari ini.

Tambah Julaihi, selain membekalka­n air ke kawasan tersebut, loji itu juga memenuhi permintaan daripada Jabatan Bekalan

Air Luar Bandar (JBALB) untuk dibekalkan ke kawasan Bahagian Samarahan hingga ke kawasan Sadong Jaya, Asajaya, Sebuyau, Sebangan dan sebahagian Simunjan.

Sebab itu katanya, Loji Rawatan Air Batu Kitang sangat penting kerana JBALB bergantung kepadanya untuk membekalka­n air ke kawasan Bahagian Samarahan.

Ujar Julaihi lagi, kos bagi kerja-kerja menaik taraf loji ini adalah sebanyak RM107 juta dibiayai sepenuhnya kerajaan Sarawaki dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Julai tahun ini.

Selain meningkatk­an kapasiti pengeluara­n air kepada 884 MLD, kerjakerja naik taraf ini juga akan meningkatk­an margin rizab Loji Rawatan Air Batu Kitang kepada 12 peratus berbanding lima peratus.

“Ini merupakan usaha berterusan kerajaan Sarawak untuk menambah air terawat untuk kawasan yang dinyatakan.

“Sekarang kontraktor masih menjalanka­n ujian dan pengoperas­ian dan berharap Julai nanti, kapasiti loji ini akan meningkat kepada 884 MLD dengan margin rizab 12 peratus,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia