Utusan Borneo (Sarawak)

OCIM sumbang RM20,000 kepada dua sekolah di Lawas

-

Dua sekolah di Lawas menerima sumbangan berjumlah RM20,000 daripada OCIM yang merupakan sebuah syarikat kimia terkemuka dalam tenaga hijau yang mempunyai ibu pejabat di Korea serta beroperasi di Sarawak dan Kuala Lumpur.

Sekolah terpilih adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat Lawas dan SK Kampung Seberang yang masing-masing menerima RM10,000 daripada OCIM bagi membantu memperkasa bidang pendidikan

Pengurus Besar Perhubunga­n Awam OCIM Lee Sang Chan memberitah­u pihak syarikat amat desikasi dalam menyumbang kepada impak yang positif terhadap masyarakat.

Jelasnya, sumbangan tersebut adalah sebagai tanda sokongan OCIM kepada keperluan pendidikan agar pelajar terus cemerlang dalam bidang akademik.

Katanya, aspek pendidikan merupakan pelaburan penting dalam membangunk­an kepimpinan masa depan yang positif dan tenaga kerja yang profesiona­l.

“Komitmen berterusan OCIM dalam sumbangan melalui tanggungja­wab sosial dengan pihak sekolah dan pihak pendidikan adalah usaha untuk mencipta peluang dan mengembang­kan potensi pelajarunt­ukterusmel­ahirkan generasi yang cemerlang pada masa hadapan,” katanya pada majlis penyerahan sumbangan kepada Guru Besar SK Pusat Lawas Hamdan Bakar, kelmarin.

Sementara itu, Hamdan amat berbesar hati atas sumbangan ikhlas OCIM kepada sekolah ini.

Melalui sumbangan ini, beliau yakin mampu membawa ruang pembelajar­an yang lebih baik di samping menyediaka­n kemudahan untuk pembelajar­an.

Selain itu, Guru Besar SK Kampung Seberang Lawas Abu Bakar Damit akan terus bekerjasam­a dengan OCIM untuk menyokong kepada pendidikan dan menjadi aspirasi kepada pelajarnya.

OCIM terus berdedikas­i dalam memperkasa­kan masyarakat melalui berbagai bidang yang melibatkan pendidikan, kesihatan dan kelestaria­n alam sekitar.

Malahan OCIM juga komited dalam misi menyemai sesuatu yang memberi impak kepada masyarakat keseluruha­nnya.

OCIM Sdn. Bhd adalah anak syarikat OCI Holding dan wakilnya di Malaysia dalam penglibata­n sebagai syarikat bertaraf dunia dalam tenaga hijau dan syarikat kimia.

OCIM yang ditubuhkan pada tahun 2017 telah memberi impak besar dalam revolusi membekalka­n alternatif kepada tenaga hijau.

Syarikat ini mempunyai ibu pejabat di Kuching dan beroperasi sepenuhnya di Samalaju, Bintulu.

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai OCIM dan inisiatif tanggungja­wab sosialnya bolehlah melayari laman https://ocim.com.my/.

 ?? ?? PERKASA PENDIDIKAN: Lee (dua kiri) pada penyerahan sumbangan ikhlas kepada SK Pusat Lawas dan SK Kampung Seberang kelmarin.
PERKASA PENDIDIKAN: Lee (dua kiri) pada penyerahan sumbangan ikhlas kepada SK Pusat Lawas dan SK Kampung Seberang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia