Utusan Borneo (Sarawak)

Nur Azhar Bujang angkat sumpah sebagai Setiausaha DUN Sarawak

-

Peguam Kanan Negeri, Nur Azhar Bujang mengangkat sumpah pelantikan sebagai Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, semalam.

Azhar, 39, mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar di Bangunan DUN pada jam 10 pagi.

Upacara angkat sumpah tersebut dimulakan dengan ikrar angkat sumpah oleh Nur Azhar dan seterusnya menandatan­gani watikah pelantikan sebagai Setiausaha DUN Sarawak.

Nur Azhar menggantik­an Pele Peter Tinggom yang mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara pada 5 Mac lalu.

Nur Azhar merupakan lulusan Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang (Kepujian) pada 2009 dan Sarjana Muda Undang Undang(Kepujian)pada2010 dari Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Beliau sebelum itu mendapat pendidikan awal di Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri.

Beliau memulakan kerjayanya di sektor swasta dengan bekerja di firma guaman di Kuala Lumpur sebelum kembali ke Sarawak untuk menyertai perkhidmat­an awam negeri sebagai Pegawai UndangUnda­ng di Pejabat Peguam Besar Negeri Sarawak.

Anak kelahiran Kuching itu kemudian meneruskan pengajian dalam Ijazah Sarjana Undang-Undang dalam Harta Intelek dan Ekonomi Digital di University of Glasgow Scotland dalam usaha menyokong inisiatif kerajaan Sarawak.

Sekembalin­ya daripada pengajian sarjana, beliau merupakan salah seorang barisan peguam di dalam kes berprofil tinggi mewakili kerajaan Sarawak, antaranya melibatkan kes berhubung Petronas dengan kerajaan Sarawak.

Selain litigasi, Nur Azhar turut terlibat dalam proses pengubalan undang-undang, bahagian nasihat, termasuk mewakili kerajaan Sarawak dalam rundingan bersama kerajaan persekutua­n.

Atas khidmat dan jasa yang dicurahkan, beliau dianugerah­kan Pingat Perkhidmat­an Bakti (Perak) daripada Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia