Utusan Borneo (Sarawak)

Surau Darul Taqwa IPD Miri perlu perjawatan ustaz BAKA

-

Penempatan perjawatan seorang ustaz dari Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Polis Diraja Malaysia(PDRM)diperlukan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri bagi memimpin apa jua aktiviti keagamaan yang diadakan di sini.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, pada masa ini setiap kali solat dan aktiviti keagamaan diadakan di Surau Darul Taqwa, pihaknya hanya menggunaka­n pegawai dan anggota IPD Miri yang sedia ada.

“Surau Darul Taqwa IPD Miri telah menjadi tempat untuk para warga PDRM IPD Miri yang beragama Islam untuk menjalanka­n segala aktiviti keagamaan.

“Malahan setiap malam Jumaat,TimbalanKe­tuaPolis Daerah Miri Superinten­den Mohd Sabri Zainol telah mengetuai pegawai dan anggota untuk mengadakan aktiviti bacaan Yasin dan juga tahlil serta pada bulan Ramadan ini juga surau ini turut digunakan untuk solat tarawih.

“Pada kesempatan ini, saya ingin mengusulka­n kepada pucuk pimpinan Kontinjen Sarawak agar dapat kiranya membantu

kami menempatka­n seorang ustaz dari BAKA bagi memimpin apa-apa juga aktiviti keagamaan di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan alu-aluannya sempena Majlis Iftar Ramadan Warga Kerja IPD Miri bersama Pesuruhjay­a Polis Sarawak Dato Mancha Ata di sini, kelmarin.

Turut menyerikan majlis tersebut ialah isteri Mancha yang juga Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Sarawak Datin

Jenita William.

Dalam pada itu Alexson berkata, sepanjang bulan Ramadan ini pihak pengurusan Surat Darul Taqwa IPD Miri turut menjemput ustaz dari luar sebagai imam solat tarawih.

Sementara itu, beliau berkata penganjura­n Majlis Iftar Ramadan ini bertujuan bagi mengeratka­n lagi silaturahi­m dan beramah mesra di antara warga kerja PDRM IPD Miri bersama pucuk pimpinan PDRM Kontinjen Sarawak.

Beliau turut mengucapka­n terima kasih atas kesudian Mancha dan Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Ibrahim Darus meluangkan masa untuk hadir ke majlis tersebut walaupun masing-masing mempunyai komitmen kerja yang padat.

Majlis tersebut turut menyaksika­n pemberian sumbangan raya kepada balu pegawai dan anggota polis IPD Miri serta duit raya kepada anak-anak pegawai dan anggota polis IPD Miri.

 ?? ?? BERAMAH MESRA: Mancha (empat kanan) dan Ibrahim (empat kiri) meluangkan masa hadir ke Majlis Iftar Ramadan bersama warga kerja IPD Miri kelmarin.
BERAMAH MESRA: Mancha (empat kanan) dan Ibrahim (empat kiri) meluangkan masa hadir ke Majlis Iftar Ramadan bersama warga kerja IPD Miri kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia