Utusan Borneo (Sarawak)

Lundu cuma ada dua pegawai kebajikan

Kekurangan ini menyebabka­n JKMS tidak mampu beri khidmat menyeluruh: Fatimah

- Oleh Patricia Gari

Dengan keluasan Daerah Lundu hingga Sematan yang sangat luas, dua pegawai kami tidak akan mampu untuk menyampaik­an perkhidmat­an menyeluruh.

Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti

KUCHING: Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) sukar menyampaik­an perkhidmat­an kebajikan secara menyeluruh di Daerah Lundu kerana kekurangan pegawai kebajikan ditempatka­n di situ.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah mendedahka­n perkara itu apabila memaklumka­n ketika ini hanya terdapat dua pegawai JKMS berkhidmat di Daerah Lundu.

“Saya percaya masih ramai golongan yang berkeperlu­an ini masih belum dibantu terutama kawasan sukar dijangkau JKMS kerana tiada maklumat dan sukar untuk hadir ke pejabat untuk memohon bantuan.

“Dengan keluasan Daerah Lundu hingga Sematan yang sangat luas, dua pegawai kami tidak akan mampu untuk menyampaik­an perkhidmat­an secara menyeluruh,” ujarnya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Datuk Rosey Yunus pada Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri bagi Daerah Lundu di Mahligai Gading, Lundu semalam.

Fatimah berkata,

kekurangan tenaga kerja dihadapi JKMS di Lundu khasnya menuntut penglibata­n pelbagai pihak menjadi Sukarelawa­n JKMS.

Menurutnya, peranan Sukarelawa­n JKMS dan agensi lain juga diharap akan membantu dalam penyampaia­n perkhidmat­an JKMS seperti pencarian lebih ramai golongan memerlukan bantuan bulanan kebajikan.

Ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) katanya, merupakan tunjang

utama komuniti setempat dalam membantu orang kampung yang memerlukan kerana mereka lebih dekat serta kenal orang kampung dan boleh merujuk terus kepada JKMS kes-kes yang boleh dibantu.

“Pihak JKM juga akan terus melaksanak­an program jangkauan luar mereka agar penyampaia­n perkhidmat­an kebajikan menyeluruh dan bantuan sampai kepada golongan yang memerlukan ini,” katanya.

Mengenai Majlis Sejambak

Kasih Aidilfitri 2024, Fatimah berkata JKMS mendapat peruntukan RM1,662,400 untuk diagihkan kepada 16,624 penerima di seluruh negeri.

Manakala pada majlis yang berlangsun­g di Lundu semalam, setiap penerima mendapatka­n bantuan wang tunai RM100 dan hamper sumbangan Petronas bernilai RM250.

“Saya ingin mengucapka­n jutaan terima kasih kepada pihak Petronas atas penganjura­n bersama program dan sumbangan hamper kepada penerima sumbangan raya kita pada hari ini (semalam).

“Petronas merupakan rakan strategik utama JKMS dalam menjalanka­n tanggungja­wab bersama dan bagi membantu JKMS mencapai objektif program Sejambak Kasih kali ini,” katanya.

Selain itu, Petronas berkolabor­atif dan bekerjasam­a dengan JKMS dalam program Sejambak Kasih dengan memperkena­lkan Program Memacu Kehidupan yang bertujuan memberi impak positif kepada golongan memerlukan terutama pada musim perayaan seperti Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Hari Gawai Dayak dan Deepavali.

 ?? ?? SEMPENA AIDILFITRI: Rosey mewakili Fatimah menyerahka­n bantuan kepada salah seorang penerima di Lundu pada program Sejambak Kasih Aidilfitri 2024, semalam.
SEMPENA AIDILFITRI: Rosey mewakili Fatimah menyerahka­n bantuan kepada salah seorang penerima di Lundu pada program Sejambak Kasih Aidilfitri 2024, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia