Utusan Borneo (Sarawak)

Jambatan bernilai RM35 juta bakal dibina di Nanga Bangkit: Lidam

-

Sejumlah RM35 juta telah diperuntuk­kan untuk pembinaan sebuah jambatan yang dijangka akan menjadi mercu tanda penting dalam pembanguna­n infrastruk­tur di Nanga Bangkit, di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas Lidam Assan berkata, pembinaan jambatan tersebut bertujuan untuk meningkatk­an jaringan perhubunga­n serta memperbaik­i struktur jalan di kawasan tersebut.

Lidam juga menyatakan keyakinan bahawa jambatan baru ini akan memperkuat hubungan antara komuniti di sekitarnya, memudahkan pergerakan penduduk dan turut mempromosi­kan pertumbuha­n ekonomi setempat.

“Dana sebanyak RM35 juta yang diperuntuk­kan untuk projek ini dianggap sebagai langkah penting dalam pembanguna­n infrastruk­tur di kawasan sekitar Nanga Bangkit, di sini” katanya ketika dihubungi semalam.

Selain pembinaan jambatan, Lidam turut mengumumka­n sejumlah RM70 juta akan dibelanjak­an untuk memulakan pembinaan fasa pertama Jalan Ulu Sungai Bangkit.

Katanya, projek pembinaan jalan ini merupakan tonggak penting dalam usaha meningkatk­an akses dan pembanguna­n infra

struktur di kawasan luar bandar Katibas.

“Pembinaan jalan ini juga sejajar dengan matlamat kerajaan untuk meningkatk­an kualiti hidup rakyat Sarawak melalui pembanguna­n infrastruk­tur yang mapan dan berkualiti,” jelas beliau.

Beliau juga menekankan bahawa pembinaan jalan tersebut akan merapatkan jurang antara komunitiko­muniti serta membuka pintu kepada peluang pembanguna­n ekonomi yang baru di kawasan tersebut.

“Dengan adanya kemudahan jalan raya, ia secara tidak langsung membuka peluang baru untuk pertumbuha­n ekonomi dan pendidikan yang akan membawa perubahan besar kepada kehidupan rakyat,” katanya.

 ?? ?? LIDAM
LIDAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia