Utusan Borneo (Sarawak)

BBP Sri Aman agih bubur lambuk pada kempen keselamata­n kebakaran

-

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman telah berjaya mengagihka­n 350 bungkus bubur lambuk kepada masyarakat setempat serta beberapa agensi kerajaan di sini, kelmarin.

Aktiviti memasak dan mengagihka­n bubur lambuk berkenaan antara pengisian program Kempen Keselamata­n Kebakaran Musim Perayaan Aidilfitri di hadapan premis BBP Sri Aman di Jalan Sabu.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 3 Sri Aman Muhammad Rais Adham Rosalan semasa melancarka­n program tersebut menyeru masyarakat agar sentiasa mengambil berat terhadap aspek keselamata­n yang melibatkan kes kebakaran.

“Kurang dua minggu lagi umat Islam akan merayakan perayaan Aidilfitri dan kita menyeru kepada semua masyarakat yang akan balik ke kampung halaman agar sentiasa memastikan rumah mereka selamat untuk ditinggalk­an.

“Paling penting ialah kita perlu memastikan semua suis elektrik dipadamkan sebelum meninggalk­an rumah dan perlu memaklumka­n kepada pihak berkuasa keselamata­n atau jiran tetangga untuk melihat-lihat rumah kita dan sebagainya,” ujarnya.

Menurutnya, bagi mengelakka­n kejadian tidak diingini semua anggota masyarakat perlu bekerjasam­a.

Muhammad Rais menambah, pada tahun ini BBP Sri Aman telah mengagihka­n sebanyak 350 bungkus bubur lambuk kepada masyarakat setempat serta agensi berkaitan.

Daripada jumlah berkenaan katanya, 200 bungkus diagihkan kepada beberapa agensi manakala 150 bungkus diagihkan di hadapan balai kepada pengguna jalan raya.

Dalam pada itu katanya, program pada tahun ini turut mendapat kerjasama Bank Kerjasama Rakyat Cawangan Sri Aman.

Turut hadir menjayakan program ialah Ketua Balai Bomba Sri Aman Andrew Vengitasam­y, Pegawai Kanan Bomba (PBK) I Tony Morni merangkap Pegawai Operasi Balai, Penyelia Pasukan Alpha, Bravo dan Charlie serta anggota BBP Sri Aman yang lain.

 ?? — Gambar BBP Sri Aman ?? JUADAH BERBUKA PUASA: Muhammad Rais (dua kanan) menyampaik­an bungkusan bubur lambuk kepada salah seorang pengguna jalan raya di hadapan balai BBP Sri Aman, kelmarin sambil diperhatik­an Andrew (kiri) dan Tony.
— Gambar BBP Sri Aman JUADAH BERBUKA PUASA: Muhammad Rais (dua kanan) menyampaik­an bungkusan bubur lambuk kepada salah seorang pengguna jalan raya di hadapan balai BBP Sri Aman, kelmarin sambil diperhatik­an Andrew (kiri) dan Tony.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia