Utusan Borneo (Sarawak)

Lima syarikat sertai IFE untuk teroka pasaran UK

-

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) iaitu agensi di bawah Kementeria­n Pertanian dan Keterjamin­an Makanan telah membawa lima syarikat Malaysia untuk menyertai AcaraMakan­andanMinum­an Antarabang­sa (IFE) di Excel London bermula 25 hingga 27 Mac lalu.

Peserta merupakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) agromakana­n untuk meneroka pasaran global di United Kingdom (UK).

Syarikat mempromosi­kan produk seperti durian sejuk beku, nangka, snek jagung, kopi putih, biskut vegan, minuman protein dan pelbagai lagi.

Syarikat terlibat adalah Haliza Industries Sdn Bhd, Foods Wise Network Sdn Bhd, Bertambest Sdn Bhd, Iana Corporatio­n Sdn Bhd dan AGYM Nutrition Sdn Bhd.

Ia merupakan pameran terbesar di UK untuk pengusaha terutamany­a dalam sektor peruncitan, makanan, restoran, import dan eksport serta pengedaran.

Pada tahun ini acara ini disertai lebih 6000 reruai dari lebih 70 negara.

Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan FAMA Rosilawati Abu Hassan berkata, peserta juga terlibat

dalam beberapa acara lain, antaranya In Store Promotion iaitu lawatan ke pasar raya Loon Fung yang menjual produk-produk dari negara Asia yang terkemuka di London.

Pasar raya berkenaan telah beroperasi sejak 1965 dan mengimport produk-produk dari China, Hong Kong, Taiwan, Filipina, Thailand, Malaysia, Vietnam, Jepun dan Korea.

Selain itu, beberapa sesi padanan perniagaan turut dikendalik­an dengan usahawan yang terlibat bersamabeb­erapapengi­mport serta pengedar.

Syarikat dari Sarawak yang mengikuti pameran ini adalah IANA Corporatio­n Sdn Bhd, pengeluar produk Kek Lapis Sarawak di bawah jenama Siti

Payung serta biskut dengan jenama Qiel’s Byte.

Pengarah urusannya Mohammad Hafidz Rohani berkata, peluang mengikuti program ini merupakan satu percubaan untuk syarikatny­a mendapatka­n pengimport dari negara rantau Eropah serta melihat dan menjalanka­n kajian permintaan di bahagian ini.

“Pasaran bakeri adalah besar di negara ini dan peluang adalah tinggi buat syarikat Malaysia kerana harga negara Malaysia yang sangat kompetitif,” jelasnya.

Namun menurutnya, beberapa halangan perlu diselesaik­an seperti penggunaan barangan yang mempunyai alergen serta telur yang memerlukan perhatian syarikat dari Malaysia.

 ?? ?? PAMERAN BERPRESTIJ: Rombongan FAMA dan lima syarikat dari Malaysia bergambar beramai-ramai pada IFE di Excel London.
PAMERAN BERPRESTIJ: Rombongan FAMA dan lima syarikat dari Malaysia bergambar beramai-ramai pada IFE di Excel London.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia