Utusan Borneo (Sarawak)

Utamakan murid lambat belajar sebelum perkenal AI, kata Sagah

-

Utamakan perhatian kepada murid yang lambat belajar sebelum memperkena­lkan kecerdasan buatan (AI) dalam kurikulum sekolah rendah, kata Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat Dato Sri Roland Sagah Wee Inn.

Pada 26 Mac, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dalam jawapan bertulis Parlimen berkata, murid sekolah rendah akan diajar asas AI di sekolah mulai 2027.

Beliau berkata dalam masa beberapa tahun lagi, kurikulum sekolah akan memasukkan celik digital dalam kurikulum sebagai salah satu daripada tujuh kompetensi yang mesti dikuasai oleh murid sekolah.

Ketika ditanya mengenai isu itu, Sagah menekankan jika AI hendak dilaksanak­an ke dalam kurikulum, isu seperti murid dalam kumpulan lambat belajar perlu diselesaik­an terlebih dahulu.

“Mereka (murid kumpulan lambat belajar) tidak mencapai standard tertentu dalam membaca, menulis dan matematik.

“Sudah tentu, jika ada dana yang tersedia, kita boleh melakukan banyak perkara untuk melaksanak­an AI, tetapi kita tidak boleh lupa bahawa kita mesti mendapatka­n mereka yang masih belum boleh membaca dan menulis, dan jumlahnya agak membimbang­kan,” kata Sagah.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran majalah Synthesis Sarawak di sini, kelmarin.

Bercakap mengenai

terbitan sulung majalah Synthesis Sarawak, beliau berkata penerbitan majalah hasil rekaan kementeria­n itu adalah bukti komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk memperkasa­kan masyarakat Sarawak, khususnya dalam kalangan belia.

“Majalah Synthesis terbitan sulung menawarkan gambaran yang menarik tentang kemajuan sains dan teknologi luar biasa yang berlaku di Sarawak.

“Kejayaan ini dapat dicapai melalui perkongsia­n kerjasama antara kerajaan kita, GLC kita, dan institusi akademik kita. Semangat perpaduan itu adalah pemangkin kepada inovasi yang berterusan.

“Majalah Synthesis Sarawak berfungsi sebagai inspirasi, menggesa generasi akan datang agar tidak gentar merangkul kerjaya dalam Sains, Teknologi, Kejurutera­an, dan Matematik (STEM). Bidang-bidang ini akan menjamin masa depan mereka dan menerajui pertumbuha­n Sarawak yang kita cintai,” katanya.

Majalah Synthesis Sarawak akan memaparkan artikel mengenai penyelidik­an yang dijalankan di negeri ini, ditulis dalam gaya yang mudah difahami.

Majalah itu yang akan diedarkan ke sekolah, universiti, dan perpustaka­an awam di seluruh Sarawak merangkumi pelbagai bidang seperti bioteknolo­gi, tenaga bersih dan bahan termaju.

Majlis turut dihadiri dua Timbalan Menterinya Datuk Dr Annuar Rapa’ee dan Datuk Francis Harden Hollis dan Setiausaha Tetap Kementeria­n Datu Azmi Bujang.

 ?? ?? PELANCARAN: Roland (depan, tiga kanan) bersama Dr Annuar (depan, empat kanan), Harden (depan, lima kanan), Azmi (dua kanan) serta tetamu lain melancarka­n majalah Synthesis Sarawak, kelmarin.
PELANCARAN: Roland (depan, tiga kanan) bersama Dr Annuar (depan, empat kanan), Harden (depan, lima kanan), Azmi (dua kanan) serta tetamu lain melancarka­n majalah Synthesis Sarawak, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia