Utusan Borneo (Sarawak)

Kes tibi di Malaysia semakin meningkat

Situasi amat membimbang­kan terutamany­a peningkata­n kes kerintanga­n antibiotik

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud Lembaga Pelawat Hospital Bintulu Kong Ngiou Kwong, Naib pengerusin­ya Kapitan Ngo Pen Hee dan ahli-ahli jawatankua­sa lainnya.

BINTULU: Peningkata­n kes penyakit tuberculos­is (tibi) ataupun batuk kering di Malaysia saban tahun daripada 25,391 kes dengan 2,572 kematian pada 2022 kepada 26,781 kes dengan 2,623 kematian pada 2023 amat membimbang­kan terutamany­a peningkata­n kes kerintanga­n antibiotik untuk tibi.

Pengarah Hospital Bintulu Dr Suzalinna Sulaiman berkata, Kementeria­n Kesihatan berusaha secara aktif untuk mengesan pesakit, meningkatk­an akses kepada diagnosis cepat yang terjamin kualiti serta memastikan penyediaan rawatan mudah diperolehi tanpa kemasukan ke hospital.

Selain itu katanya, memperkasa­kanpengamb­ilan penuh rawatan yang berkesan, selamat dan singkat bagi mengatasi masalah kerintanga­n antibiotik dan melakukan aktiviti pencegahan untuk golongan berisiko tinggi terutamany­a pengesanan tibi pendam.

“Sekiranya individu bergejala demam, batuk berpanjang­an melebihi dua minggu, kurang selera makan dan turun berat badan, segeralah melakukan pemeriksaa­n kesihatan dan saringan penyakit tibi di fasiliti kesihatan berhampira­n.

“Bersama kita hentikan endemik tibi di Malaysia menjelang 2025, ‘Yes! We can end TB’,” beliau berkata demikian semasa berucap pada Hari Tuberculos­is Sedunia yang disambut setiap 24 Mac pada acara di Hospital Bintulu, kelmarin.

Ujarnya, sambutan Hari Tibi adalah untuk memperinga­ti sejarah penemuan bakteria Mycobacter­ium tuberculos­is oleh Dr Robert Koch pada 24 Mac 1882, sekali gus untuk meningkatk­an kesedaran, komitmen serta sokongan pelbagai pihak mengenai penyakit tersebut.

Berkenaan Hari Buah Pinggang Sedunia yang disambut setiap 14 Mac katanya, ia untuk memberikan kesedaran berkenaan pentingnya kesihatan buah pinggang kepada manusia.

“Tema pada tahun ini iaitu ‘Kesihatan Buah Pinggang Untuk Semua: Memantapka­n AksesRawat­anyangOpti­mum dan Saksama’ amat bertepatan meningkatk­an kesedaran akses rawatan saksama dan strategi secara kolaborati­f bagi penghidap penyakit buah pinggang,” jelasnya.

Menurutnya,statistikk­ajian tempatan menunjukka­n satu antara tujuh rakyat dewasa Malaysia mengalami penyakit buah pinggang kronik melibatkan 15.5 peratus atau lebih lima juta rakyat

Sekiranya individu bergejala demam, batuk berpanjang­an melebihi dua minggu, kurang selera makan dan turun berat badan, segeralah melakukan pemeriksaa­n kesihatan dan saringan penyakit tibi di fasiliti kesihatan berhampira­n.

Malaysia.

Jelasnya, data terkini Malaysian Dialysis and Transplant Registry menunjukka­n 9,500 pesakit baharu dikenal pasti perlu menjalani rawatan dialisis setiap setahun.

“Kira-kira 51,000 pesakit menghidap kegagalan fungsi buah pinggang memerlukan rawatan dialisis untuk hidup.

“Dijangka lebih 106,000 rakyat Malaysia bakal menjalani dialisis menjelang 2040 jika peningkata­n kadar kegagalan buah pinggang masih tidak berubah,” katanya.

Tambahnya, penyakit

Dr Suzalinna Sulaiman Pengarah Hospital Bintulu

diabetes merupakan penyumbang utama 53 peratus pesakit baharu bagi rawatan dialisis di Malaysia.

Hadir sama Pengerusi Ahli

 ?? ?? TINGKATKAN KESEDARAN: (Dari tiga kanan) Dr Suzalinna, Kong dan Ngo bersama Ahli Lembaga Pelawat Hospital Bintulu dan kakitangan hospital merakam gambar pada acara tersebut kelmarin.
TINGKATKAN KESEDARAN: (Dari tiga kanan) Dr Suzalinna, Kong dan Ngo bersama Ahli Lembaga Pelawat Hospital Bintulu dan kakitangan hospital merakam gambar pada acara tersebut kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia