Utusan Borneo (Sarawak)

KPJ Kuching lakar pencapaian baharu bidang ortopedik

Berjaya sempurnaka­n 206 pembedahan penggantia­n sendi lutut secara robotik menggunaka­n sistem teknologi ROSA

- Oleh Hafizah Abdul Hamid

KUCHING: Sarawak menerusi Hospital Pakar KPJ Kuching (KPJ Kuching) melakar pencapaian baharu dalam penjagaan ortopedik apabila berjaya menyempurn­akan 206 pembedahan penggantia­n sendi lutut (TKR) secara robotik menggunaka­n sistem teknologi ROSA.

Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, program teknologi Robotic Surgery Assistant (ROSA) yang diperkenal­kan KPJ Kuching tujuh bulan lalu itu dikatakan teknologi robotik termaju di Borneo, sekali gus menandakan satu lonjakan ketara dalam industri penjagaan kesihatan di Sarawak.

Susulan kejayaan tersebut, Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan

Tempatan itu menjangkak­an terdapat potensi besar pembedahan bantuan robotik pada masa depan membabitka­n industri penjagaan

kesihatan di negeri ini.

“Penyepadua­n robotik, kecerdasan buatan dan analitik data sudah pasti akan membentuk semula cara kita menyampaik­an rawatan yang tepat, diperibadi­kan dan cekap untuk pelbagai keadaan dan penyakit,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurn­akan majlis ‘200 Leaps, A Million Smiles,’ sempena meraikan kejayaan dan perjalanan luar biasa KPJ Kuching bersama ROSA di hospital tersebut di sini, semalam.

Dr Sim menambah, penerapan KPJ Kuching terhadap kemajuan perubatan terkini itu mencermink­an piawaian penjagaan kesihatan tertinggi yang diperjuang­kan oleh negara.

Menurutnya juga, keupayaan ROSA untuk menyesuaik­an kedudukan implan dengan teliti serta ketepatan yang luar biasa membawa kepada hasil pembedahan lebih baik dan masa pemulihan lebih cepat untuk pesakit mengalami masalah lutut.

“Sebagai hospital perintis di rantau kita yang mengguna pakai teknik pembedahan luar biasa ini, KPJ Kuching dengan beraninya telah membuka jalan kepada era baharu perubatan ketepatan, dan ketepatan dalam bidang ortopedik,” kata Dr Sim.

Pelaksanaa­n teknologi ROSA yang mementingk­an ketepatan ini telah mengubah pembedahan TKR susulan ia berupaya mempercepa­tkan masa pemulihan sekali gus meningkatk­an kadar kesembuhan pesakit.

Sejak teknologi ini digunakan bermula Ogos 2023 sehingga Februari 2024 di KPJ Kuching, bilangan pembedahan TKR telah mencatatka­n peningkata­n ketara sebanyak 28.7 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya, dengan jumlah keseluruha­n sebanyak 358 prosedur.

Usaha KPJ Healthcare Berhad dalam menerajui penggunaan sistem teknologi perubatan yang canggih ini merupakan hasil kerjasama strategik yang termeterai di antara kumpulan bersama Zimmer Biomet, penyedia peranti perubatan dan teknologi global.

Hadir sama, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare Chin Keat Chyuan, Naib Presiden Zimmer Biomet Asia Tenggara dan Asia Selatan Ng Tze Mau, pakar bedah ortopedik KPJ Kuching Dr Lee Woo Guan serta pasukan pengurusan kanan kumpulan dan barisan pakar bedah ortopedik dari rangkaian hospital pakar KPJ.

Sebagai hospital perintis di rantau kita yang mengguna pakai teknik pembedahan luar biasa ini, KPJ Kuching dengan beraninya telah membuka jalan kepada era baharu perubatan ketepatan, dan ketepatan dalam bidang ortopedik.

Datuk Amar Dr Sim Kui Hian Timbalan Premier

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? PENCAPAIAN: (Dari kanan) Dr Lee, Dr Sim dan Chin merakamkan kenangan selepas pelancaran majlis‘200 Leaps, A Million Smiles’ di KPJ Kuching, semalam.
— Gambar Chimon Upon PENCAPAIAN: (Dari kanan) Dr Lee, Dr Sim dan Chin merakamkan kenangan selepas pelancaran majlis‘200 Leaps, A Million Smiles’ di KPJ Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia