Utusan Borneo (Sarawak)

Pembinaan Wisma Melayu Sarawak kini mencapai kemajuan 30 peratus

-

Pembinaan projek bangunan Wisma Melayu Sarawak kini mencapai kemajuan sekitar 30 peratus, kata Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

“Bangunan dengan kapasiti 2,000 orang ini telah mula dibina pada 8 November 2022 dan dijangka siap dalam masa 30 bulan iaitu pada pertengaha­n tahun 2025.

“Kini, projek yang telah dibina oleh kontraktor dilantik, Naim Engineerin­g Sdn Bhd telah mencapai sekitar 30 peratus,” katanya pada sidang media ketika melawat tapak projek yang terletak di Jalan Diplomatik dekat sini, semalam.

Awang Tengah yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) berkata apabila siap kelak, Wisma Melayu Sarawak akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk kegunaan masyarakat.

Antara kemudahan disediakan di wisma itu ialah dewan serbaguna, Galeri Melayu Sarawak, ruang aktiviti terbuka, kafeteria, bilik seminar dan pejabat pentadbira­n AKYBMS, tambahnya.

“Wisma Melayu Sarawak merupakan satu mercu tanda Melayu Sarawak yang diilhamkan oleh Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem selaku mantan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AKYBMS.

“Reka bentuknya adalah inspirasi daripada busana Melayu iaitu tengkolok dan keringkam. Simbol tengkolok ini adalah citra mahkota ulung sejajar misi serta visi AKYMBS,” katanya.

Untuk rekod majlis pecah tanah bangunan Wisma Melayu Sarawak telah disempurna­kan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Disember 2020.

AKYBMS memainkan peranan dalam mengangkat ketamaduna­n Melayu Sarawak selain terus menggilap Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Keintelekt­ualan Melayu demi menjadi pembela Melayu Sarawak.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Lembaga PemegangAm­anahAKYBMS Dato Sri Naroden Majais, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komiditi dan Pembanguna­n Wilayah merangkap Ahli Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AKYBMS Datuk Dr Abdul Rahman Ismail dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak merangkap Ahli merangkap Ahli Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AKYBMS Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah AKYBMS Datuk Wahbi Junaidi, Setiausaha Lembaga Pemegang Amanah AKYBMS Datuk Abdul Razak Tready dan Pengurus Besar AKYBMS Datu Sanib Said, turut hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia