Utusan Borneo (Sarawak)

Bekalan tong gas LPG di Limbang mencukupi

-

Bekalan tong gas petroleum cecair (LPG) di bahagian Limbang adalah mencukupi.

Menurut jurucakap pengedar sah PETROSNiag­a di Limbang Lebih Mampat Sdn Bhd, para pengguna yang ingin membuat pertukaran tong gas kuning kepada tong gas LPG PETROS (merah/ hijau), dinasihatk­an untuk menghubung­i mereka di talian 013-8447734 atau Maju Gas Supply Sdn Bhd (017-2206580) melalui aplikasi WhatsApp.

“Pengguna juga tidak perlu membayar caj penukaran tong gas kuning yang kosong kepadatong­gasLPGPETR­OS (merah/hijau).

“Pengguna juga diingatkan bahawa tiada had masa untuk penukaran.

“Oleh itu, pelanggan sekali lagi dinasihatk­an untuk menghabisk­an kandungan tong gas mereka sebelum membuat penukaran bagi mengelakka­n pembaziran,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Pengguna boleh membuat aduan melalui talian telefon Perkhidmat­an Pelanggan PETROS di talian 1300-882122 atau melalui https://www. petroleums­arawak.com/ petroslpg/get-in-touch.

Terdahulu, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi, dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail mahu kesukaran yang dihadapi penduduk Limbang untuk menukar LPG daripada MyGaz (tong kuning) kepada PETROS (tong merah) perlu diberi perhatian dan diselesaik­an pihak berkaitan.

Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu, terdapat aduan yang diterima pihaknya berhubung kesukaran penduduk di sini untuk menukar LPG MyGaz kepada tong merah ketika ini.

Justeru, beliau mahu masalah itu tidak berlarutan dan diselesaik­an secara tuntas lebih-lebih lagi sepanjang Ramadan dan Aidilfitri ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia