Utusan Borneo (Sarawak)

Raja Permaisuri Agong berkenan agih bubur lambuk di Kampong Bharu

-

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah semalam berkenan berangkat ke Majlis Pengagihan Bubur Lambuk di Masjid Jamek Kampong Bharu di sini.

Seri Paduka tiba pada jam 10.54 pagi turut berkesempa­tan meninjau penyediaan bubur lambuk dan beramah mesra dengan petugas semasa majlis berkenaan.

Raja Zarith Sofiah kemudianny­a berkenan mengagihka­n bubur lambuk kepada 20 wakil masjid dari tujuh zon di Wilayah

Persekutua­n serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk golongan mualaf dan Orang Kurang Upaya (OKU).

Sejumlah 50 kawah bubur lambuk dimasak secara bergotong-royong seawal 7 pagi semalam melibatkan petugas masjid, sukarelawa­n dan warga Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI).

Dianggarka­n 12,500 bungkus bubur lambuk dapat diagihkan kepada ahli kariah dan masyarakat sekitar yang antara lain bertujuan menyebarlu­askan peranan institusi masjid sebagai tempat ibadah dan medan menyuburka­n semangat muhibah khususnya pada bulan mulia ini.

Program anjuran JAWI dengan kerjasama Istana Negara, Masjid Jamek Kampong Bharu dan Persatuan Anak Melayu Johor itu turut hadiri Pengarah JAWI Datuk Mohd Ajib Ismail, Presiden Persatuan Anak Melayu Johor Wilayah Persekutua­n dan Selangor Datuk Seri Dr Syed Hussein Al-Habshee dan Pengerusi

Masjid Jamek Kampong Bharu Datuk Mohd Khay Ibrahim. — Bernama

MUHIBBAH: Tuanku Raja Zarith (dua kanan) berkenan menyampaik­an agihan bubur lambuk pada Majlis Agihan Bubur Lambuk bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda di Masjid Jamek Kampung Baru semalam. Turut hadir Mohd Ajib (kanan) dan Dr Syed Hussein (tiga kanan).

 ?? — Gambar Bernama ??
— Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia