Utusan Borneo (Sarawak)

Kebakaran kayu madang: Ibu bapa, pelajar gusar udara tercemar

-

KOTA KINABALU: Ibu bapa dan pelajar di kawasan sekitar tapak pelupusan Kayu Madang di sini gusar udara tercemar akibat kebakaran di situ, yang memasuki hari kelima semalam, menjejaska­n kesihatan mereka.

Tinjauan Bernama mendapati antara sekolah yang terkesan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Telipok, SK Lapasan, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pekan Telipok dan Sekolah Menengah (SM) St Peter selain Politeknik Kota Kinabalu yang terletak tiga hingga lima kilometer dari tempat kejadian.

Suri rumah Siti Rusnah Rahman, 46, berkata guru sekolah anaknya (SK Lapasan) memaklumka­n sesi persekolah­an terpaksa ditamatkan lebih awal kelmarin, susulan kualiti udara tidak baik dan cuaca panas yang dikhuatiri menjejaska­n kesihatan pelajar.

“Guru minta kami ambil anak awal sekitar jam 9 pagi kerana udara tidak berapa baik ditambah sekolah atas bukit, terima kasih guru amat prihatin dengan anakanak kami, tetapi risau juga mahu bagi anak pergi sekolah jika ini berterusan,” katanya kepada Bernama.

Juruteknik kilang kaca Mohaidie Md Sain, 36, berkata anaknya yang bersekolah di SK Pekan Telipok mengadu sakit tekak sejak dua hari lep

as walaupun telah memakai pelitup muka di sekolah.

“Bau asap lain macam seperti bau getah terbakar kerana saya difahamkan yang terbakar banyak tayar di tapak itu, itu sebab kita tengok asap keluar itu warna hitam jadi asap begini memang lebih bahaya. Jadi saya beritahu anak kumur-kumur dan basahkan tekak,” katanya.

Anggota tentera Adam Hakimi Romme, 42, yang mempunyai anak bersekolah di SMK Pekan Telipok berharap Jabatan Pendidikan negeri memantau situasi tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya.

Susulan cuti panjang hujung minggu ini, beliau dan

keluarga merancang ke Kundasang untuk ‘lari’ seketika dari situasi itu.

Pelajar Tingkatan 4 SM St Peter, Lionel Edry Linus berkata buat masa ini pihak sekolah hanya membenarka­n aktiviti dalam kelas sahaja dan menasihatk­an pelajar supaya memakai pelitup muka.

“Mata pun jadi gatal-gatal, merah dan kering, selalu kena letak ubat titis mata, memang sukar dan amat tidak selesa belajar begini. Cuaca pun panas,” katanya.

Pelajar Diploma Ukur Bahan, Politeknik Kota Kinabalu Ami Syuhada Imran, 21, berkata kualiti udara yang tidak beberapa baik menyukarka­n

pelajar yang mempunyai masalah kesihatan seperti asma, justeru pensyarah telah mengadakan kelas dalam talian bagi mendepani situasi itu.

Sementara itu, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata kebakaran yang bermula pada tengah hari Ahad lepas dipercayai berpunca daripada kebakaran di hutan berhampira­n yang merebak ke tapak simpanan tayar terpakai,” katanya.

Beliau berkata pihaknya memahami keluh kesah penduduk dan memohon mereka supaya bersabar serta mengambil langkah keselamata­n sewajarnya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERBAKAR: Anggota Bomba dan Penyelamat bertungkus-lumus memadam kebakaran di kawasan sekitar tapak pelupusan Kayu Madang, dekat Kota Kinabalu semalam.
— Gambar Bernama TERBAKAR: Anggota Bomba dan Penyelamat bertungkus-lumus memadam kebakaran di kawasan sekitar tapak pelupusan Kayu Madang, dekat Kota Kinabalu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia