Utusan Borneo (Sarawak)

PJMR 2024 dijangka catat RM1.6 juta nilai jualan: Ewon

-

Program Jualan MADANI Raya (PJMR) 2024 dijangka mencatat jualan RM1.6 juta sepanjang 33 hari program tersebut yang bermula 8 Mac hingga 9 April ini, kata Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

Beliau berkata program yang menawarkan barang persiapan Aidilfitri dan keperluan harian pada kadar harga diskaun sehingga 20 peratus sekali gus dapat membantu meringanka­n beban rakyat.

“Dalam tempoh dua minggu pertama, PJMR anjuran Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mencapai jualan RM415,800 (sehingga 22 Mac) dengan 44,212 pengunjung.

“Mudah-mudahan dalam dua minggu yang terakhir, jualan kepada 60 reruai akan terus meningkat,” katanya kepada pemberita selepas sesi walkabout PJMR 2024 di Dataran Anjung Syawal, Presint 3, di sini malam kelmarin.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi Datuk R Ramanan dan Ketua Setiausaha

KUSKOP Datuk Seri Suriani Ahmad.

Berlangsun­g sempena Festival Ramadan Putrajaya 2024, Ewon berkata PJMR 2024 menyelami denyut nadi rakyat yang terkesan dengan peningkata­n kos sara hidup.

Beliau berkata PJMR 2024 menyediaka­n 60 reruai jualan melalui penyertaan 28 usahawan dan 13 koperasi dengan pelbagai tawaran menarik barang persiapan Aidilfitri dan keperluan harian yang berupaya meringanka­n kos persiapan rakyat bagi menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

“PJMR 2024 bukan sahaja memberi penjimatan harga barangan persiapan Aidilfitri malah memperkasa dan mempromosi­kan perniagaan usahawan serta koperasi selaras dengan kerangka Malaysia MADANI,” katanya.

Mengenai kempen ‘Mari Beli Lokal — Ramadan dan Raya’ 2024’ melalui platform digital tanpa caj iaitu MyMall mampu merancakka­n ekonomi digital.

“Program jualan kempen beli lokal secara dalam talian merupakan trend baharu yang mungkin menyumbang kepada kemerosota­n jualan secara langsung kerana ramai mahu elak kesesakan, lokasi dan sebagainya,” katanya.

Beliau mengulas laporan media tempatan kelmarin mengenai persiapan orang ramai bagi menyambut Adilfitri ketika ini tidak begitu meriah kerana tekanan kos sara hidup dan ekonomi semasa.

KUSKOP menyasarka­n RM2.5 juta hasil jualan usahawan tempatan melalui kempen ‘Mari Beli Lokal - Ramadan dan Raya 2024’ yang dianjurkan untuk kali kedua susulan kejayaan kempen tersebut pada 2023 dengan nilai jualan sehingga RM2.5 juta.

Hampir 500 usahawan dijangka menyertai kempen itu dengan menawarkan pelbagai produk seperti pes masakan segera, produk runcit, pakaian raya dan kuih raya.

Kempen itu bertujuan menarik sokongan orang ramai kepada produk tempatan yang dikeluarka­n perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta koperasi di Malaysia sekaligus membantu proses pendigital­an golongan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia