Utusan Borneo (Sarawak)

Djokovic dan Ivansevic umum berpisah, tamatkan kerjasama selama lima tahun

-

Novak Djokovic dan Goran Ivansevic mengumumka­n perpisahan mereka, menurut pemain tenis nombor satu dunia itu pada Rabu sekali gus menamatkan kerjasama selama lima tahun yang menghasilk­an 12 kejuaraan Grand Slam buat bintang itu.

Djokovic melantik Ivansevic, juara Wimbledon pada 2001 sebagai salah seorang anggota dalam pasukan kejurulati­hanya menjelang kejohanan Grand Slam Wimbledon pada 2019 dan walaupun dia mengakui “kerjasama dalam gelanggang ada turun naik”, ia juga menghasilk­an kejayaan yang besar.

Bagaimanap­un, Djokovic mengharung­i permulaan musim yang buruk menurut standard biasa yang tinggi, tewas kepada Jannik Sinner di peringkat separuh akhir Terbuka Australia.

Pemain berusia 36 tahun itu kemudian tewas kepada pemain tidak dikenali, Luca Nardi di pusingan ketiga Indian Wells, menyebabka­n dia menarik diri dari kejohanan di Miami di atas apa yang dia dakwa sebab penjaduala­n.

“Saya dan Goran membuat keputusan untuk berhenti bekerjasam­a beberapa hari yang lalu,” kata Djokovic dalam hantaran di akaun rasmi Instagram miliknya.

“Kerjasama kami dalam gelanggang ada turun dan naik tetapi persahabat­an kami

sentiasa utuh.

“Apa yang pasti, saya boleh berasa bangga untuk berkata (tidak pasti apa yang dia kata) bahawa selain dari memenangi kejuaraan bersama, kami juga ada pertarunga­n papan permainan sejak bertahun-tahun,” katanya ketika merujuk kepada permainan atas talian.

“Dan, kejohanan itu tidak pernah berhenti. Goran, terima kasih di atas segala-galanya. Saya menyayangi kamu.”

Djokovic berkata Ivanisevic membawa lebih dari pengalaman tenis dalam kerjasama

mereka, sesuatu yang dia dan ketua jurulatih, Marian Vajda mahukan.

“Saya ingat dengan jelas pada masa saya menjemput Goran menjadi sebahagian dari pasukan saya.

“Ia adalah pada 2018, dan Marian dan saya mencari sesuatu yang diperbaiki.

“Apa yang pasti, bukan hanya kami mendapatka­n pemain dengan pukulan servis yang hebat, dia juga membawa kegembiraa­n, ranking nombor satu pada akhir tahun, pencapaian yang memecah rekod dan 12 lagi kejuaraan

 ?? — Gambar AFP ?? BERPISAH: Ivanisevic memantau sesi latihan Djokovic sebagai persiapan untuk Kejohanan Indian Wells di California.
— Gambar AFP BERPISAH: Ivanisevic memantau sesi latihan Djokovic sebagai persiapan untuk Kejohanan Indian Wells di California.
 ?? ?? DJOKOVIC
Grand Slam dan beberapa final sejak itu.” — AFP
DJOKOVIC Grand Slam dan beberapa final sejak itu.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia