Utusan Borneo (Sarawak)

Verstappen dalam senarai teratas pilihan Mercedes gantikan Hamilton

-

Max Verstappen akan berada dalam senarai teratas Mercedes untuk kemungkina­n pengganti juara dunia tujuh kali Formula Satu (F1), Lewis Hamilton pada 2025 jika dia bebas untuk dipilih, menurut pengurus pasukan Mercedes, Toto Wolff.

Verstappen, juara dunia tiga kali, mempunyai satu kontrak bersama pasukan Red Bull sehingga 2028 tetapi masa depannya di pasukan itu diselubung­i dengan masalah perhubunga­n di antara ayahnya, Jos dan pengurus pasukan Red Bull, Christian Horner.

Mercedes akan kehilangan Hamilton pada akhir musim ini selepas mengumumka­n sebelum bermulanya musim baharu ini di mana dia akan berpindah ke Ferrari, dengan pemenang perlumbaan Grand

Prix Australia Ahad lepas, Carlos Sainz akan kehilangan tempatnya.

“Kami mempunyai satu tempat yang kosong, satusatu pasukan utama - melainkan Max membuat keputusan dia mahu pergi dan kemudian tempat itu tidak akan kosong untuk kami,” kata Wolff dalam satu temu bual bersama penyiaran Fox Sports Australia di Melbourne.

Temu bual yang dibuat selepas sesi ujian masa kelayakan, bagaimanap­un tidak begitu menarik perhatian ketika itu tetapi komentar itu menarik perhatian selepas tamat perlumbaan.

Ditanya jika Verstappen akan menjadi pilihan nombor satu, Wolff berkata: “Ya. Anda melihat apa tahap prestasiny­a tetapi saya tidak menolak pemandu lain juga.”

Wolff pernah cuba mendapatka­n Verstappen ketika masih remaja sebelum dia menyertai Red Bull tetapi Wolff tidak akan menawarkan­nya tempat dalam F1 dengan serta-merta ketika itu.

Wolf menambah bahawa dia mempunyai perhubunga­n yang baik dengan Jos dan ada bertemu ketika di Vienna untuk membincang­kan kemungkina­n masa depan namun pemandu sudah menerima tawaran dari Red Bull ketika itu.

“Ia satu perhubunga­n yang perlu berlaku pada satu peringkat tetapi kami tidak tahu bila,” katanya apabila ditanya jika mendapatka­n Verstappen akan melengkapk­an satu kitaran.

Wolff juga menyebut bahawa juara dunia dua kali, Fernando Alonso, Sainz dan pemandu sokongan Mercedes yang berlumba dalam kelas F2, Kimi Antonelli, juga sebagai antara pilihan lain.

“Jelas sekali ada Fernando, yang juga sangat menarik, dan Carlos, yang sangat bagus. Jadi ada beberapa pilihan lain,” katanya.

Verstappen tidak menolak satu kemungkina­n berpindah ke Mercedes dalam jangka masa panjang tetapi berkata di Australia bahawa dia selesa bersama “keluarga kedua” Red Bull dan ia pastinya satu cerita yang hebat untuk menamatkan karier F1 bersama mereka.

Mercedes, yang pernah menguasai F1 selama satu dekad sebelum ini, gagal memenangi sebarang perlumbaan musim lepas dan di Australia, kedua-dua pemandunya gagal menamatkan perlumbaan, kali pertama ia berlaku sejak 2018. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? JADI BURUAN: Verstappen meraikan kejayaanny­a selepas selesai sesi kelayakan bagi perlumbaan Formula 1 Grand Prix Australia di Litar Albert Park di Melbourne.
— Gambar AFP JADI BURUAN: Verstappen meraikan kejayaanny­a selepas selesai sesi kelayakan bagi perlumbaan Formula 1 Grand Prix Australia di Litar Albert Park di Melbourne.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia