Utusan Borneo (Sarawak)

Perpindaha­n ke Liverpool bukan pilihan yang tepat buat Alonso

-

Bintang legenda bola sepak Jerman, Lothar Matthaeus pada Rabu berkata satu perpindaha­n ke Liverpool pada musim panas ini ‘bukan pilihan yang tepat’ buat jurulatih yang menjadi buruan utama ketika ini, Xabi Alonso.

Alonso dikaitkan dengan satu perpindaha­n ke Liverpool, Real Madrid dan juga beksa kelab Matthaeus, Bayern Munich, kesemua kelab ini pernah disertainy­a sebagai pemain, selepas melakukan tugas yang hebat meletakkan Leverkusen di tangga teratas Bundesliga Jerman ketika ini.

Anak buah ALonso juga belum tewas selain berada 10 mata di hadapan Bayern Munich dan berada di landasan untuk memenangi kejuaraan Bundesliga Jerman yang pertama dalam sejarah kelab dengan berbaki lapan perlawanan sahaja lagi musim ini.

Dalam satu temu bual dengan agensi berita AFP dan media lain pada Rabu, Matthaeus berkata berikutan dengan pemergian Jurgen Klopp sebagai pengurus Liverpool pada akhir musim ini, ia pastinya sukar untuk mana-mana jurulatih menggalas tugas dan juga Alonso seharusnya kekal bersama Leverkusen.

“Liverpool bukan pilihan yang tepat untuk Alonso selepas musim ini. Dia mempunyai pilihan yang lebih baik.”

Matthaues menghabisk­an majoriti kariernya di Bayern dan berkata dia akan mengalualu­kan Alonso sebagai pengganti jurulatih Bayern, Thomas Tuchel yang akan meninggalk­an kelab pada musim panas ini tetapi mengakui di Munich “Alonso akan harus membina sebuah pasukan baharu untuk masa hadapan, dengan pemain baharu.”

Leverkusen sudah memenangi 34 dan seri empat dari 38 perlawanan musim ini. Dengan kelab melangkah ke peringkat separuh akhir Piala Jerman dan ke peringkat suku akhir Liga Europa, Alonso meletakkan Leverkusen di landasan memenangi tiga kejuaraan musim ini.

“Kenapa berpindah ke Liverpool? Kenapa dia harus meninggalk­an pasukan yang hebat yang menyebabka­n kita gembira dengan corak permainan menarik, seperti Barcelona 12 tahun yang lalu?”

Klopp mengejutka­n dunia bola sepak pada bulan Januari apabila mengumumka­n bahawa dia akan melepaskan jawatan pada akhir musim setelah sembilan tahun kerana berasa letih.

Matthaeus berkata kejayaan Klopp di Liverpool menjadikan pencapaian­nya sukar untuk diekori.

“Untuk membimbing Liverpool selepas Jurgen Klopp adalah bukan mudah kerana Jurgen adalah wira, dia hebat sekali. Apa yang dia lakukan adalah luar bias adan apa yang boleh dilakukan untuk menjadikan ia lebih bagus lagi?”

Dalam pada itu, kapten Jerman ketika menjulang Piala Dunia 1990 juga memuji jurulatih kebangsaan Jerman, Julian Nagelsmann dan berkata pasukan kebangsaan “berada di landasan betul” selepas mengembali­kan prestasi dengan kemenangan ke atas Perancis dan Belanda dalam dua perlawanan persahabat­an antarabang­sa baru-baru ini.

Bagaimanap­un, Matthaeus menambah: “Di Jerman, impian dan harapan kami ialah Jurgen Klopp akan menjadi jurulatih kebangsaan di masa hadapan.”

 ?? ALONSO ??
ALONSO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia