Utusan Borneo (Sarawak)

Pendakwa tuntut hukuman penjara

Rubiales juga diarah untuk membayar pampasan 50,000 euro kepada Hermoso yang menjadi mangsa ciuman paksa

-

MADRID: Pendakwa raya Sepanyol menuntut hukuman penjara dua tahun setengah untuk bekas presiden badan induk bola sepak Sepanyol (RFEF), Luis Rubiales, yang berdepan perbicaraa­n kerana mencium secara paksa pemain bola sepak wanita Sepanyol, Jenni Hermoso, menurut dokumen mahkamah pada Rabu.

Pendakwa raya juga mahu Rubiales, yang didakwa atas pertuduhan serangan seksual dan paksaan, membayar sekurang-kurangnya 50,000 euro dalam bentuk pampasan kepada Hermoso, menurut satu dokumen yang diserahkan kepada mahkamah Sepanyol, dengan satu salinan diperolehi agensi berita AFP.

Semasa insiden itu, yang berlangsun­g pada 20 Ogos tahun lepas setelah Sepanyol menewaskan England 1-0 untuk memenangi final Piala Dunia Wanita di Australia, Rubiales memegang leher Hermoso dengan kedua belah tangannya dan memaksa satu ciuman di bibir.

Ciuman itu berlaku secara langsung di hadapan kamera yang disiarkan ke seluruh dunia, membangkit­kan kemarahan dan menyebabka­n penggantun­gan Rubiales oleh badan induk bola sepak dunia (FIFA).

Ketika itu, Rubiales menganggap ciuman itu sebagai ‘dengan rela’ di bibir tetapi Hermoso, 33, berkata ia bukan secara rela.

Di bawah undang-undang Sepanyol, satu ciuman yang tanpa rela boleh dianggap sebagai serangan seksual satu kategori jenayah yang berada dalam semua bentuk keganasan seksual.

Rubiales “memegang kepala pemain dengan kedua belah tangannya, dan dengan mengejut dan tanpa kerelaan atau kesudian pemain, dia mencium mangsa di bibir,” menurut dokumen.

Selepas menyedari ciuman itu boleh mempunyai “kesan peribadi dan profesiona­l” ekoran penggantun­gan oleh

FIFA pada 26 Ogos, Rubiales dan wakilnya mula melakukan “tekanan berterusan” ke atas Hermoso supaya dia bercakap “secara terbuka mengesahka­n” ciuman itu sebagai dengan kerelaanny­a.

Tekanan itu menyebabka­n dia “berasa kemurungan” selama beberapa bulan.

Pendakwa raya mencadangk­an Rubiales, 46, dipenjara setahun kerana ciuman dan penjara 18 bulan kerana dakwaan mengugut.

Tiga lagi bekas pembantu Rubiales juga dibicaraka­n kerana memberikan tekanan ke atas Hermoso: bekas jurulatih kebangsaan Sepanyol, Jorge Vilda, pengarah teknikal bola sepak lelaki, Albert Luque dan pengurus pemasaran

RFEF, Ruben Rivera.

Dari segi pampasan, pendakwa raya mahu Rubiales membayar Hermoso 50,000 euro kerana ciuman paksaan itu dan berkata bahawa dia

dan tiga lagi defendan bersama-sama membayarny­a 50,000 euro kerana dakwaan ugutan.

Ia tidak jelas sama ada jumlah itu akan dibahagika­n

sama rata.

Hermoso memfailkan saman terhadap Rubiales pada bulan September, dengan memberitah­u hakim bahawa dia berada dalam tekanan

untuk mempertaha­nkan Rubiales ketika dalam perjalanan pulang dari Australia dan ketika pasukannya bercuti di Ibiza bagi meraikan kejayaan mereka.

 ?? — Gambar AFP ?? INSIDEN MEMALUKAN: Gambar fail bertarikh 20 Ogos 2023 ini menunjukka­n Rubiales memeluk Hermoso semasa sesi penyampaia­n pingat selepas tamat aksi final Piala Dunia Wanita di Stadium Australia di Sydney.
— Gambar AFP INSIDEN MEMALUKAN: Gambar fail bertarikh 20 Ogos 2023 ini menunjukka­n Rubiales memeluk Hermoso semasa sesi penyampaia­n pingat selepas tamat aksi final Piala Dunia Wanita di Stadium Australia di Sydney.
 ?? — Gambar AFP ?? SUGUL: Gambar fail menunjukka­n Rubiales meninggalk­an mahkamah selepas mendengar perbicaraa­nnya di Madrid pada 15 September 2023.
— Gambar AFP SUGUL: Gambar fail menunjukka­n Rubiales meninggalk­an mahkamah selepas mendengar perbicaraa­nnya di Madrid pada 15 September 2023.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia