Utusan Borneo (Sarawak)

Kapasiti semua empangan terkawal

Mampu tampung 80 peratus bekalan air negara sepanjang musim panas yang dijangka hingga pertengaha­n April: Fadillah

- Oleh Agnes Tugong

Kapasiti semua empangan di seluruh negara masih terkawal dan mampu menampung 80 peratus bekalan air negara sepanjang musim panas ini yang dijangka berlarutan hingga pertengaha­n April.

Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof berkata, Suruhanjay­a Pengurusan Air Negara (SPAN) sudah mengeluark­an kenyataan dan pihaknya memantau secara rapi isu berkaitan bekalan air tersebut.

“Mungkin ada satu dua tempat yang ada masalah bekalan air misalnya Langkawi, tetapi keadaan itu bukan menyeluruh.

“Tetapi keseluruha­nnya masih dalam keadaan yang baik dalam tempoh 90 hari bekalan air itu masih ada,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Jiwa MADANI Jalinan Kasih Ramadan di Surau Darul Naim, Kampung Gita Lama di sini, semalam.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Penerangan Malaysia Suwadi Gililing dan Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak Helmy Hamid.

Program tersebut dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Mahabbah Kuching.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transforma­si Air menambah, cuaca panas ketika ini diramalkan berlarutan sehingga pertengaha­n April.

Jika ramalan itu tepat dan cuaca panas berakhir selepas pertengaha­n bulan April katanya, bekalan air negara akan kembali stabil.

“Negeri yang paling terjejas sekarang adalah di sebelah utara iaitu Kedah dan Perlis, dan paling panas sekarang di Cuping, lebih 40 darjah Celsius.

“Tetapi bekalan airnya masih baik,” katanya yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya.

Mengenai isu bekalan air di Sabah,

Fadillah berkata bidang kuasa adalah di bawah kerajaan negeri dan syarikat pembekal air di peringkat negeri.

Sehubungan itu katanya, adalah menjadi inisiatif kerajaan negeri sama ada membantu menyediaka­n lebih banyak lori air dan sebagainya.

“Tetapi keseluruha­nnya Sabah dari segi bekalan air menjadi fokus di mana kita memberi geran dan pinjaman untuk membantu mereka meningkatk­an keupayaan bekalan air bersih di seluruh negeri itu,” katanya.

 ?? — Gambar Penerangan ?? TURUN PADANG: Fadillah (hadapan) tiba di Surau Darul Naim, Kampung Gita Lama untuk menghadiri Program Jiwa MADANI Jalinan Kasih Ramadan, semalam.
— Gambar Penerangan TURUN PADANG: Fadillah (hadapan) tiba di Surau Darul Naim, Kampung Gita Lama untuk menghadiri Program Jiwa MADANI Jalinan Kasih Ramadan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia