Utusan Borneo (Sarawak)

Pembanguna­n bakat, potensi kanak-kanak di bawah JKM perlu sentiasa digilap

-

KUCHING: Pembanguna­n bakat dan potensi kanakkanak di bawah institusi kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlu digilap secara berterusan.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Dato Sri Nancy Shukri berkata, usaha ini penting bagi membolehka­n kanakkanak terbabit berdikari dengan bakat yang ada pada diri mereka pada masa hadapan.

“Apabila kita bercakap tentang ekonomi atau tingkatkan taraf hidup, kita perlu bantu kanak-kanak ini dengan meneroka dan gilap bakat mereka agar menjadi orang yang bukan hanya menjadi penerima, tetapi juga penyumbang pada masa depan.

“Jika sudah ada bakat dan kepandaian­nya tersendiri, maka insya-Allah mereka boleh berdikari dan mempunyai kerjaya berdasarka­n minat,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Program Tautan Kasih Ramadan di Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah

Norkiah di Batu 12 di sini, semalam.

Nancy memberitah­u, KPWKM sebenarnya sudah ada menyediaka­n program pembanguna­n bakat seperti mengadakan pertanding­an dalam kalangan kanak-kanak di institusi JKM.

“Bagaimanap­un ia terhenti buat sementara mungkin disebabkan oleh pandemik COVID-19 dan oleh itu, saya berpandang­an kita perlu menghidupk­an semula program pembanguna­n bakat sebegini.

“Sebab ini adalah peluang untuk mereka menceburi dan melihat sendiri bagaimana mereka boleh bersaing di luar sana dengan menunjukka­n bakat yang ada pada mereka,” katanya.

Terdahulu, Nancy dalam ucapannya berkata KPWKM amat prihatin dengan keperluan kumpulan sasar khususnya kanak-kanak dan warga emas, lebih-lebih lagi mereka yang menerima perkhidmat­an penjagaan dan perlindung­an di institusi JKM.

 ?? — Gambar Bernama ?? CERIA: Nancy (tengah) menyampaik­an sumbangan kepada penghuni Rumah Seri Kenangan Faredah Ahmad (berkerusi roda) pada majlis tersebut.
— Gambar Bernama CERIA: Nancy (tengah) menyampaik­an sumbangan kepada penghuni Rumah Seri Kenangan Faredah Ahmad (berkerusi roda) pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia