Utusan Borneo (Sarawak)

Pesawat APMM berjaya padam 5.5km persegi kebakaran hutan setakat Jumaat

-

Pesawat Bombardier CL-415 milik Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) berjaya melakukan pemadaman pada keluasan 5.5 kilometer persegi daripada keseluruha­n kawasan kebakaran di Sungai Adong di sini, kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Miri Kapten Maritim Mohd Shafie Paing berkata sebanyak 120,000 liter air digunakan bagi teknik pengeboman air untuk memadamkan kebakaran terbabit.

“Punca air diambil daripada sungai Kuala Baram yang terletak pada jarak 10 kilometer daripada kawasan kebakaran.

“Susulan daripada kejayaan operasi ini, pesawat APMM (Bombardier) akan menyambung semula operasi pemadaman di kawasan berkenaan untuk hari keempat bermula pagi ini (Sabtu),” katanya dalam satu kenyataan media di sini semalam.

Di samping itu, berikutan kejadian terbabit, beliau turut mengingatk­an orang awam untuk tidak melakukan aktiviti pembakaran secara terbuka.

“Memandangk­an negara kini mengalami cuaca panas sekali gus menjadi faktor utama kebakaran kecil bakal menjadi bencana yang lebih besar,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Penyiasata­n Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal berkata 100 peratus kebakaran berjaya disekat sepanjang operasi sehingga Jumaat dan tiada lagi kepala api yang masih aktif.

“Bombardier APMM pada Jumaat berjaya melakukan tujuh kali pengeboman air di kawasan yang terbakar dan teknik pembanjira­n penuh tetap diteruskan di darat bagi menyediaka­n sumber air yang mencukupi.

“Teknik pemadaman pengeboman air dan serangan langsung akan terus dijalankan pada Sabtu untuk memadam keseluruha­n asap kebakaran,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia