Utusan Borneo (Sarawak)

Kerja tanpa pas sah, 17 warga asing ditahan di Miri

-

Seramai 17 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia di beberapa lokasi berasingan di sekitar bandar raya Miri pada Khamis selepas didapati melakukan pekerjaan tanpa pas yang sah dan menyalahgu­nakan pas.

Menerusi hantaran di Facebook Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak, bertindak atas aduan daripada orang awam, serbuan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Unit Penguatkua­sa Imigresen (UPI) Bahagian Miri.

“UPI Miri telah menjalanka­n pemeriksaa­n ke atas dua premis kedai makanan di

Pusat Komersial Boulevard dan Taman Tunku Miri yang didapati menggaji warga asing tanpa memiliki pas kerja yang sah.

“Pemeriksaa­n juga telah dilakukan pada hari yang sama ke atas sebuah rumah persendiri­an di Taman Jelita yang sedang menjalani proses pengubahsu­aian serta disyaki menggunaka­n khidmat kontraktor pengubahsu­aian yang terdiri daripada warga asing.

“Secara keseluruha­n, seramai 17 individu warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan, antaranya melakukan pekerjaan tanpa pas yang sah dan menyalahgu­nakan pas,” katanya dalam hantaran berkenaan.

Dalam pada itu katanya, seramai tiga individu warga tempatan juga ditahan untuk siasatan lanjut kerana menggaji warga asing tanpa pas kerja yang sah.

“Kesemua kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 11(7)(a) PeraturanP­eraturan Imigresen 1963,” ujarnya.

Sementara itu, Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak menasihati majikan dan pekerja terutamany­a untuk mematuhi undang-undang dengan memohon pas kerja yang sah bagi mengelakka­n implikasi undang-undang yang bakal dikenakan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau ingin membuat aduan berkenaan kehadiran pendatang asing tanpa izin adalah disarankan untuk hadir terus ke pejabat imigresen berdekatan atau membuat aduan melalui saluran aduan atas talian seperti e-mel ke aduanpati_hq@imi. gov.my, Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di https://imi.spab.gov.my atau hubungi talian aduan 03-88801347.

 ?? ?? DIPERIKSA: UPI Miri melakukan pemeriksaa­n ke atas pekerja warga asing di salah sebuah premis.
DIPERIKSA: UPI Miri melakukan pemeriksaa­n ke atas pekerja warga asing di salah sebuah premis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia