Utusan Borneo (Sarawak)

Tentera bantu padam kebakaran hutan di Miri

-

Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Batalion Ke-20 Rejimen Askar Melayu Diraja (20 RAMD) diatur gerak pada Khamis dan Jumaat bersama agensi awam bagi membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Miri melaksanak­an operasi memadam kebakaran hutan paya gambut di Kuala Baram di sini.

Menurut Jurucakap Sel Operasi Media, Markas Pemerintah­an Medan Timur Tentera Darat, operasi itu dipecahkan kepada dua pasukan iaitu pasukan darat dan pasukan udara.

“Pasukan di darat terdiri daripada JBPM, TDM, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran dan Naim Holdings Berhad.

“Manakala pasukan di udara adalah daripada Agensi Penguatkua­saan Maritim

Malaysia (APMM) dengan menggunaka­n pesawat jenis Bombardier dan turut dibantu oleh pesawat jenis Mi17 milik JBPM.

“Anggaran keluasan kemusnahan kebakaran yang dipercayai berpunca daripada cuaca panas dan kering ini adalah dianggarka­n seluas 110 ekar,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Beliau memberitah­u, sehingga kini, sebanyak 90 peratus api telah berjaya dipadamkan dan keadaan api terkawal serta tiada lagi kepala api yang masih aktif kelihatan.

“Panglima Medan Timur Tentera Darat Leftenan Jeneral Dato Mohd Sofi Md Lepi, Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia Mejar Jeneral Datuk Mohamed Fauzi Kamis dan Panglima Briged Kesembilan

Infantri Malaysia Brigedier Jeneral Ahmad Norzaini Badrun menzahirka­n ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam operasi ini.

“Semangat dan kerjasama yang dipamerkan oleh semua pihak demi kesejahter­aan rakyat adalah selaras dengan konsep ‘Whole of Government and Whole of Society’ dan Teras Keempat Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-30 iaitu Gagasan Tentera dan Rakyat,” ujarnya.

Sehubungan itu katanya, TDM akan terus memberikan kerjasama kepada agensi-agensi awam demi kesejahter­aan rakyat di Sarawak dan Sabah.

Tambahnya, kerjasama seumpama ini sejajar dengan dalam memperkasa­kan kerjasama dan hubungan erat TDM dengan agensi awam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia