Utusan Borneo (Sarawak)

Operasi di Sungai Adong tamat, kebakaran berjaya ditangani

Teknik pengeboman air akan terus dibuat jika terdapat keperluan

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah Ketua Bahagian Penyiasata­n Kebakaran JBPM Zon 6 Miri

Operasi yang memasuki hari kelapan menyaksika­n kira-kira 110 ekar kawasan terjejas dalam kebakaran dan hanya tinggal 10 peratus sahaja yang masih berasap.

MIRI: Pasukan bomba menamatkan operasi pemadaman hutan paya gambut di Sungai Adong, di sini kira-kira jam 10.30 pagi pada semalam selepas 100 peratus kebakaran berjaya ditangani dan dipadamkan.

Ketua Bahagian Penyiasata­n Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal bagaimanap­un berkata teknik pemadaman pengeboman air dan serangan langsung di darat akan terus dibuat jika terdapat keperluan.

“Operasi yang memasuki hari kelapan menyaksika­n kira-kira 110 ekar kawasan terjejas dalam kebakaran dan hanya tinggal 10 peratus sahaja yang masih berasap.

“100 peratus kebakaran berjaya disekat sepanjang operasi sehingga ke hari ini (semalam) dan tiada lagi kepala api yang masih aktif.

“Bagaimanap­un keseluruha­n kawasan telah di

Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal

wujudkan ‘fire break’ dan pembasahan oleh pihak Naim dan Woodman,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Awangku Mohd Hazmin menjelaska­n pasukan, jentera dan peralatan bomba mulai keluar dari lokasi kira-kira jam 10.30 pagi.

“Pemadaman oleh pihak Naim masih bersambung bagi menangani tompok-tompok kecil asap,” ujarnya.

Sehubungan itu, Awangku Mohd Hazmin bagi pihak JBPM mengucapka­n ucapan penghargaa­n terima kasih atas kerjasama dan komitmen pelbagai agensi dan jabatan kerajaan sepanjang operasi pemadaman dijalankan.

“Ucapan penghargaa­n ditujukan kepada Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera

Malaysia (ATM), Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran.

“Selain itu, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Jabatan Tanah dan Survei, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Naim dan Woodman,” jelasnya.

 ?? ?? SELESAI: Pasukan bomba mula mengemas segala peralatan kebombaan setelah memastikan 100 peratus kebakaran di hutan paya gambut di Sungai Adong berjaya ditangani.
SELESAI: Pasukan bomba mula mengemas segala peralatan kebombaan setelah memastikan 100 peratus kebakaran di hutan paya gambut di Sungai Adong berjaya ditangani.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia