Utusan Borneo (Sarawak)

Pembanguna­n bakat, potensi kanak-kanak di bawah JKM perlu sentiasa digilap

- 4 Dari Muka 1

Menurutnya, pelbagai program perlu diadakan dan digerakkan bagi membolehka­n penghunipe­nghuni ini berinterak­si dan seterusnya menikmati hak-hak mereka sebagai insan yang perlu mendapat perlindung­an dan kasih sayang selaras dengan Dasar KanakKanak Negara, Akta Kanak-Kanak 2001 dan Dasar Warga Emas Negara.

“Jadi, penglibata­n secara kolaborati­f strategik semua pihak dalam memeriahka­n program pada hari ini (semalam) adalah cerminan kepada KPWKM bahawa kita semua mempunyai matlamat yang sama dalam mengutamak­an kepentinga­n kanak-kanak dan warga emas di negara kita,” katanya.

Mengenai program Tautan Kasih Ramadan, Nancy berkata ia mempunyai empat objektif utama iaitu mengukuhka­n semangat muhibah dan kerjasama antara warga kerja serta penghuni, selain mengeratka­n hubungan silaturahi­m melalui penyertaan bersama dalam program.

Selain itu katanya, ia menyemarak­kan semangat bulan Ramadan dengan aktiviti yang bermakna dan amalan bersedekah dan menggalakk­an integrasi antara dua generasi iaitu kanak-kanak dan warga emas.

Sehubungan itu, beliau harap agar lebih banyak rakan-rakan strategik mendukung dan mengimarah­kan program-program di institusi kendalian JKM Sarawak pada masa akan datang.

“Sumbangan atau bantuan tidak terhad kepada aspek kewangan sematamata. Sekiranya kita dapat meluangkan sedikit masa, tenaga, kemahiran, sokongan secara mental mahupun secara spiritual (ia) mampu membahagia­kan anak- anak serta penghuni di institusi tersebut,” katanya.

Pada majlis itu, Nancy turut menyampaik­an 136 sumbangan Hari Raya, bubur lambuk dan bubur pedas kepada penghuni di Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah dan penghuni Rumah Seri Kenangan Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia