Utusan Borneo (Sarawak)

RM1.08 bilion untuk naik taraf sistem paip di Sarawak: Premier

-

Perbelanja­an berjumlah RM1.08 bilion akan diperlukan oleh kerajaan Sarawak untuk menaik taraf seluruh sistem saluran paip air di negeri ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia termasuk menukar semua saluran paip-paip lama yang masih digunakan untuk membekalka­n air kepada rakyat pada sekarang.

Beliau memberitah­u, sehingga kini, telah hampir 90 peratus kediaman rumah di negeri ini telah menerima bekalan air paip.

“Yang penting pada masa sekarang ialah kita mahu menaikkan taraf insfrastru­ktur iaitu jalan raya, bekalan elektrik dan air.

“Bekalan air telah mencapai hampir 90 peratus. Tetapi kita hendak menukar paip kita. Semua paip adalah paip lama.

“Bermakna kita terpaksa membuat paip baharu di seluruh Sarawak. Harganya adalah RM1.08 bilion,” jelas Abang Johari.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan masjid baharu di kawasan perumahan Taman Jelita Taman Tunku pada malam kelmarin.

Abang Johari berkata kerajaan negeri akan berusaha mendapatka­n peruntukan untuk memastikan projek dilaksanak­an dengan jayanya.

Menurutnya, kerajaan negeri akan terus berusaha menambah pendapatan untuk membolehka­nnya menaik taraf kemudahan dan infrastruk­tur untuk pembanguna­n rakyat dan ekonomi negeri.

Dalam tempoh dua tahun selepas penularan wabak COVID-19 bermula 2020, kerajaan negeri menjana pendapatan sebanyak RM11 bilion pada 2022 dan meningkat kepada RM13 bilion pada tahun lalu.

Beliau berharap jumlah pendapatan akan meningkat lebih tinggi pada tahun ini.

Abang Johari turut berterima kasih kepada kerana diberi peluang berkhidmat untuk rakyat dan negeri ini sejak tahun 1981.

Di bawah kepimpinan beliau, Sarawak kini berada di era baharu yang menekankan kepada ekonomi hijau dan teknologi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia