Utusan Borneo (Sarawak)

Semarakkan lagi semangat Malaysia MADANI: Fadillah

-

Usaha perlu diambil oleh semua pihak untuk menyemarak­kan lagi semangat Malaysia MADANI dalam kalangan rakyat berbilang kaum, bangsa dan agama di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof berkata, semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat di negara ini dilihat semakin rapuh.

Jika semangat perpaduan ini terus rapuh katanya, ia mungkin boleh mewujudkan konflik antara kaum dan boleh menjejaska­n keharmonia­n dan kestabilan negara.

“Sebab itu konsep Malaysia MADANI ini diperkenal­kan untuk seluruh masyarakat untuk kita mengembali­kan semula semangat perpaduan, saling hormat-menghormat­i selain memastikan kemampanan alam sekitar, ekonomi dan sosial.

“Sebabsekar­angperpadu­an semakin longgar disebabkan kurang rasa hormat-menghormat­i yang mana bahaya untuk negara,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Program Jiwa MADANI Jalinan Kasih Ramadan di Surau Darul Naim di Kampung Gita Lama di sini, semalam.

Program tersebut merupakan anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak dengan kerjasama Persatuan Keba

jikan Mahabbah Kuching.

Mengulas mengenai program tersebut, Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata, ia besar maknanya dalam menyemarak­kan lagi konsep MADANI dalam kalangan masyarakat.

Pada majlis itu Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transforma­si Air turut menyampaik­an sumbangan kepada seramai 30 orang golongan asnaf sempena Ramadan.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Suwadi Guliling dalam pada

itu berkata, program tersebut merupakan program strategik jabatan dengan pihak persatuan.

Beliau turut berterima kasih kepada Fadillah serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman atas kerjasama berterusan dengan jabatan.

Hadir sama Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak Helmy Hamid serta Timbalan Pengerusi Persatuan Kebajikan Mahabbah Kuching Abang Affi Affendy.

 ?? — Gambar Penerangan ?? TERIMALAH: Fadillah menyampaik­an sumbangan kepada golongan asnaf di Surau Darul Naim, Kampung Gita Lama pada majlis tersebut.
— Gambar Penerangan TERIMALAH: Fadillah menyampaik­an sumbangan kepada golongan asnaf di Surau Darul Naim, Kampung Gita Lama pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia