Utusan Borneo (Sarawak)

Premier rasmi Masjid Jamal Addin di Taman Jelita, Miri

-

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah menyempurn­akan majlis perasmian masjid baharu di kawasan perumahan Taman Jelita di Taman Tunku di sini, malam kelmarin.

Beliau turut mengumumka­n nama masjid iaitu Masjid Jamal Addin yang membawa maksud kecantikan dalam agama.

Bagaimanap­un menurutnya, masjid itu masih memerlukan ruang-ruang baharu untuk memperluas­kan peranannya menjaga kebajikan umat Islam di kawasan itu.

Antaranya ruang akad nikah dan ruang pengurusan jenazah serta memerlukan kenderaan jenazah.

Beliau memberitah­u, peruntukan tambahan berjumlah RM4 juta akan disalurkan oleh kerajaan negeri untuk melaksanak­annya.

“Kita akan membangunk­an ruang-ruang ini kerana ia akan memudahkan kebajikan, pengurusan dan melengkapk­an konsep Islam itu sendiri,” jelasnya.

Abang Johari berkata, lebih afdal untuk setiap pasangan bernikah di masjid dan memiliki ruang khas untuk penganjura­n majlis pernikahan adalah penting.

Menurut beliau, dalam konsep Islam, membina keluarga adalah seperti membina sebuah masjid yang akan melahirkan umat yang soleh dan solehah.

Beliau menambah, pembinaan masjid di sebuah kawasan kediaman membolehka­n umat Islam meneroka ilmu-ilmu yang diturunkan Allah SWT melalui kitab suci al-Quran.

Dengan terbina masjid itu, Abang Johari berharap ia akan menjadi simbol keindahan dan menjadi nur dalam membangunk­an penduduk Islam di Taman Jelita.

Beliau juga meminta lebih ramai generasi muda akan hadir mengimarah­kan masjid serta rajin menimba ilmu yang terkandung dalam alQuran.

Beliau dalam ucapannya turut menjelaska­n tentang kepentinga­n hubungan silaturahi­m dan sikap hormat menghormat­i antara satu sama lain.

“Dengan adanya budaya yang menghormat­i antara satu sama lain, maka kita dapat membangunk­an negeri kita dengan baik,” jelasnya yang juga meminta umat Islam untuk mempraktik­kan konsep kesederhan­aan.

Abang Johari sebelum itu telah menunaikan solat Maghrib, diteruskan dengan berbuka puasa bersama penduduk, menunaikan solat Isyak dan tarawih.

Beliau turut menyampaik­an cek dana Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM395,000 untuk diagihkan kepada 23 masjid dan surau serta 16 gereja dan gereja kecil (chapel) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lambir.

Sumbangan duit raya juga disampaika­n kepada 64 anakanak yatim dari Kompleks Kebajikan Hamidah Yakub.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Kesihatan yang juga Ahli Parlimen Sibuti Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan Sarawak merangkap Pengerusi Pengelola majlis perasmian Datuk Dr Ripin Lamat, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi Sarawak selaku Menteri Bertanggun­gjawab Hal Ehwal Islam Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Sarawak Datuk Rosey Yunus, Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Sarawak Datuk Sebastian Ting, Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman, Datuk Bandar merangkap ADUN Pujut Adam Yii dan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha.

 ?? — Gambar UKAS ?? RASMI: Abang Johari menurunkan tandatanga­n selepas mengumumka­n nama masjid Jamal Addin di Taman Jelita, Miri disaksikan tetamu kehormat lain, malam kelmarin.
— Gambar UKAS RASMI: Abang Johari menurunkan tandatanga­n selepas mengumumka­n nama masjid Jamal Addin di Taman Jelita, Miri disaksikan tetamu kehormat lain, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia