Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha kelestaria­n alam sekitar Sarawak dapat perhatian

Penjagaan alam sekitar penting untuk kelangsung­an hidup manusia, kedua-duanya saling memerlukan: Abang Johari

- Oleh Steve Annuar Premier Sarawak

MIRI: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah menerima jemputan dari beberapa buah negara untuk menyampaik­an ucapan tentang penggunaan tenaga baharu dan kelestaria­n bumi.

“Saya diminta berucap di Poland selepas Hari Raya mengenai hal ehwal tenaga baharu dan planet.

“Saya juga diminta berucap di Indonesia dan di Belanda. Ini kerana Sarawak nampaknya telah melancarka­n satu gerakan untuk menyelamat­kan planet kita,” jelas beliau.

Abang Johari berkata demikian ketika berucap merasmikan masjid baharu di kawasan

perumahan Taman Jelita di sini, malam kelmarin.

Mengulas lanjut, beliau memberitah­u, Sarawak merupakan negeri pertama

yang mengguna pakai tenaga hidrogen di rantau ini.

Menurutnya, hidrogen adalah sumber tenaga baharu untuk dibangunka­n kerana

negeri ini memiliki sumber air yang banyak iaitu dari hujan dan sungai.

Abang Johari berkata, hidrogen mampu menjadi tenaga untuk menggerakk­an kenderaan dan industri dengan lebih selamat dan mesra alam.

Menurutnya lagi, penjagaan alam sekitar penting untuk kelangsung­an hidup manusia kerana kedua-duanya saling memerlukan.

“Hari ini kita berhadapan dengan banyak cabaran khususnya dari sudut di antara kita dengan alam sekitar.

“Kalau alam sekitar kita tidak dijaga dengan baik, maka kelangsung­an hidup akan menjadi masalah.

“Kalau air di laut begitu panas bermakna ikan akan mati. Begitu juga dengan tumbuhan-tumbuhan di dalam air akan mati.

“Kalau ikan mati bermakna makanan kita akan tersekat. Dan kalau dunia begitu panas tumbuhan akan tidak hidup.

“Kalau tidak ada keseimbang­an antara alam sekitar dengan kita, maka tamadun manusia akan terjejas,” jelasnya.

Melihat kepada kepentinga­n ini, kerajaan negeri menggunaka­n pendekatan yang menitikber­atkan penjagaan alam sekitar, manusia dan cara hidup dengan melancarka­n ekonomi hijau untuk keseimbang­an pembanguna­n dari sumber-sumber yang ada.

Menurut Abang Johari, berdasarka­n kajian para saintis, kepanasan suhu bumi pada tahun lalu telah meningkat 1.4 darjah Celsius.

Mereka bimbang kelangsung­an hidup manusia akan terjejas sekiranya suhu kepanasan meningkat kepada suhu 1.5 darjah celsius.

Melihat kepada isu pemanasan global ini, kerajaan Sarawak melancarka­n dasardasar yang menyeimban­gkan hubungan manusia dengan alam sekitar.

Kalau alam sekitar kita tidak dijaga dengan baik, maka kelangsung­an hidup akan menjadi masalah.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg

 ?? — Gambar UKAS ?? UNTUK ALBUM: Abang Johari, tetamu kehormat dan jemaah bergambar dengan anak-anak yatim yang menerima sumbangan duit raya pada majlis perasmian masjid baharu Taman Jelita di Miri, malam kelmarin.
— Gambar UKAS UNTUK ALBUM: Abang Johari, tetamu kehormat dan jemaah bergambar dengan anak-anak yatim yang menerima sumbangan duit raya pada majlis perasmian masjid baharu Taman Jelita di Miri, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia