Utusan Borneo (Sarawak)

Penanaman pokok RT-Paulownia dialu-alukan: Dr Rundi

Pokok tersebut sangat berpotensi bukan sahaja dalam pembuatan perabot tetapi juga menjaga kelestaria­n alam sekitar

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Kementeria­n Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah (M-FICORD) mengalu-alukan inisiatif penanaman pokok RT-Paulownia yang sangat berpotensi bukan sahaja dalam pembuatan perabot tetapi juga menjaga kelestaria­n alam sekitar.

Menterinya, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, pokok berkenaan bukan sahaja cepat tumbuh tetapi daunnya juga menyerap banyak karbon dioksida.

“Hari ini (semalam) saya mengadakan lawatan ke ladang TSG ini untuk melihat bagaimana proses penanaman pokok Paulownia ini.

“Ia merupakan satu potensi besar untuk dibangunka­n kerana cepat tumbuh iaitu dalam tiga tahun sudah boleh ditebang dan ia boleh digunakan untuk perabot

dan sebagainya.

“Namun pada masa yang sama kita melihat potensinya kepada penyerapan karbon,” katanya ketika ditemui pemberita.

Beliau terdahulu mengadakan lawatan ke Pusat Penyelidik­an dan Pembanguna­n (R&D) dan Tapak Semaian TSG di Kota Samarahan sebelum mengadakan lawatan ke makmal tanaman RT-Paulownia yang dibangunka­n TSG Green Sdn Bhd di TSG Tower, Brighton Square di sini.

Menurut Dr Rundi, beliau dimaklumka­n syarikat TSG Green mempunyai satu kawasan seluas 10,000 hektar di Kanowit untuk penanaman pokok berkenaan.

“Saya berharap mereka yang benar-benar berminat untuk mengetahui tentang pokok ini datang dan belajar mengenainy­a. Mereka mungkin boleh menanamnya sendiri,” ujarnya.

Ditanya mengenai pengkomers­ialan penanaman pokok berkenaan, beliau berkata memandangk­an pokok terbabit disifatkan masih asing untuk hutan tanaman negeri ini, ia masih perlu diselarask­an semula dari pelbagai aspek.

“Potensi memang ada, namun bercakap mengenai komersial ia sudah pasti melibatkan untung dan rugi, di mana kita perlu bersedia dari segi risiko pelaburan.

“Mungkin masih ramai yang belum bersedia untuk melabur duit mereka dalam penanaman ini. Namun bagi kerajaan kita berusaha membantu mereka yang berminat,” katanya.

Mengenai makmal berkenaan, Dr Rundi berkata R&D yang sama boleh dilakukan untuk tanaman bernilai tinggi yang telah dikenal pasti oleh kementeria­n untuk industri itu.

“Dari makmal di sini, kami boleh belajar dan melakukan R&D yang serupa untuk tanaman bernilai tinggi yang kami kenal pasti untuk industri.

“Kita boleh buat ini untuk pisang, betik, nanas dan sebagainya. Supaya kita boleh pastikan ia mampan dan kita boleh berkembang menjadi industri makanan.

“Saya berterima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TSG Dato Chris Chung atas inisiatifn­ya, saya percaya orang lain boleh belajar daripadany­a,” katanya.

Hadir sama, Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa, Industri dan Pelaburan Datuk Dr Malcom Mussen Lamoh dan Chung.

“Ia merupakan satu potensi besar untuk dibangunka­n kerana cepat tumbuh iaitu dalam tiga tahun sudah boleh ditebang dan ia boleh digunakan ” untuk perabot dan sebagainya. Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? MAKLUMAT: Dr Rundi (dua kiri) mendengar taklimat daripada Chung (kanan) mengenai pokok RT-Paulownia yang dipamerkan di makmal mereka.
— Gambar Chimon Upon MAKLUMAT: Dr Rundi (dua kiri) mendengar taklimat daripada Chung (kanan) mengenai pokok RT-Paulownia yang dipamerkan di makmal mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia