Utusan Borneo (Sarawak)

Aidilfitri: Pasar raya, Xpress Emart adakan siri promosi jualan rendah

-

Sempena dengan Hari Raya Aidilfitri, Emart mengadakan siri promosi jualan rendah di semua pasar raya dan Xpress Emart.

Bermula semalam sehingga raya menjelang, pelbagai jenis produk perayaan termasuk kurma, sayur-sayuran, buahbuahan, biskut, air kordial, makanan tin, makanan ringan dan lain-lain dijual untuk memenuhi keperluan asas dan sarapan puasa.

Selain keperluan makanan seharian, pasar raya Emart juga menjual peralatan elektrik.

Jualan perabot dan alat elektrik berlangsun­g dari 25 Mac hingga 9 April, Raya Jualan Tiga Hari dari 29 hingga 31 Mac dan 5 hingga 7 April, Raya Jualan Satu Hari pada 30 Mac dan 6 April serta Raya Jualan Empat Hari dari 1 hingga 4 April dan pada 8 hingga 11 April.

Penebusan eksklusif sampul raya Emart juga boleh dibuat oleh semua ahli Emart, terdiri daripada lima reka bentuk dalam setiap peket di mana setiap reka bentuk memaparkan perkataan Emart dan unsurunsur yang mengandung­i corak batik.

Dengan setiap pembelian bernilai RM120 di manamana pasar raya Emart, ahli Emart dapat menebus sampul raya eksklusif Emart tersebut.

Penebusan boleh dilakukan

di kaunter keahlian Emart, sementara stok masih ada.

Dalam pada itu, pelbagai jenis acara dan interaktif aktiviti raya bakal dianjurkan bagi memeriahka­n suasana Aidilfitri seperti Bazar Ramadan

Emart Batu Kawa dan Matang (12 Mac hingga 7 April).

Raya Booth di Emart Matang dan Tabuan Jaya pada 13 Mac hingga 9 April serta agihan bubur lambuk, persembaha­n alat muzik tradisiona­l dan sebagainya.

Pasar raya Emart turut menawarkan pelbagai jenis produk perayaan seperti kurma, kuih-muih, minuman berkabonat, sayur-sayuran segar, ayam dan lain-lain lagi untuk memenuhi keperluan asas dan sarapan puasa.

Semua pasar eaya Emart akan beroperasi seperti biasa sempena dengan Hari Raya Aidilfitri.

Promosi perabot dan alat elektrik sedang dianjurkan pada 25 Mac sampai 9 April 2024 bagi memenuhi keperluan pelanggan untuk membeli perabot dan alat eletrik pada musim peraayaan yang bakal menjelang ini.

Semua pelanggan amatlah dialu-alukan untuk mengunjung­i pasar raya Emart bagi membeli keperluan asas mereka.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook rasmi Emart Malaysia https://www. facebook.com/EmartMY/.

 ?? ?? EKSKLUSIF: Sampul raya Emart dengan unsur-unsur yang mengandung­i corak batik.
EKSKLUSIF: Sampul raya Emart dengan unsur-unsur yang mengandung­i corak batik.
 ?? ?? JOM KUNJUNGI: Bazar Ramadan Emart Batu Kawa dan Matang.
JOM KUNJUNGI: Bazar Ramadan Emart Batu Kawa dan Matang.
 ?? ?? TRADISI: Pelbagai aneka buah kurma turut dijual.
TRADISI: Pelbagai aneka buah kurma turut dijual.
 ?? ?? DAPATKAN: Pelbagai pilihan hamper raya.
DAPATKAN: Pelbagai pilihan hamper raya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia