Utusan Borneo (Sarawak)

1,199.68kg lebihan makanan, minuman diselamat menerusi program MYSaveFood@Bazar Ramadan

-

Sebanyak 1,199.68 kilogram lebihan makanan dan minuman yang tidak terjual di sebuah bazar Ramadan di Bintulu sepanjang tempoh tujuh hari beroperasi telah diselamatk­an oleh Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia (GEMA) bersama Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) dari 19 Mac hingga 25 Mac lalu.

Program kesukarela­wanan MYSaveFood@Bazar Ramadan yang disertai seramai 35 sukarelawa­n dalam kalangan pelajar UPMKB itu merupakan inisiatif yang telah dimulakan di Bazar Ramadan Kampung Baru Kuala Lumpur pada 2016.

Kini sebanyak 72 bazar Ramadan di seluruh Malaysia terlibat dalam penganjura­n program MYSaveFood@ Bazar Ramadan pada tahun ini.

Bazar pertama yang melaksanak­an program tersebut di Bintulu pula ialah Bazar Ramadan di Pusat Komersial Bintulu Sentral berhadapan Restoran Dinner World yang telah memulakan operasinya pada 19 Mac hingga 25 Mac lalu.

Penyelaras sukarelawa­n

Nurul Syahmah Matsah berkata, penganjura­n program ini adalah untuk mengurangk­an pembaziran makanan dan minuman pada bulan Ramadan dengan menyalurka­n lebihan makanan dan minuman yang tidak terjual kepada golongan memerlukan.

“Kaedah pelaksanaa­n program ini adalah menimbang terlebih dahulu makanan dan minuman yang diserah para peniaga bazar untuk direkodkan,” katanya.

Seterusnya katanya, pada setiap bungkusan makanan dan minuman akan diletakkan pelekat peringatan untuk dimakan atau diminum dalam tempoh dua jam selepas diterima.

Katanya, makanan dan minuman tersebut bukan sahaja diagihkan kepada golongan yang memerlukan malahan kepada para pelajar UPMKB.

Beliau berkata, Program MYSaveFood@Bazar Ramadan ini mendapat sambutan yang baik daripada para peniaga bazar Ramadan dan sukarelawa­n UPMKB serta akan menjadikan­nya sebagai program tahunan pada bulan Ramadan.

 ?? ?? PROGRAM MURNI: Sukarelawa­n merakamkan kenangan bersama hasil makanan yang diselamatk­an di bazar Ramadan untuk diagih-agihkan kepada penerima.
PROGRAM MURNI: Sukarelawa­n merakamkan kenangan bersama hasil makanan yang diselamatk­an di bazar Ramadan untuk diagih-agihkan kepada penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia