Utusan Borneo (Sarawak)

2,516 terima sumbangan Hari Raya Aidilfitri daripada LAKIB

-

Seramai 2,516 orang golongan kurang berkemampu­an dari 44 kampung di kawasan Parlimen Bintulu menerima sumbangan Hari Raya Aidilfitri daripada Lembaga Amanah Kebajikan Islam Bintulu (LAKIB) dengan keseluruha­n RM251,600.

Ia merangkumi seramai 705 penerima dari 14 kampung di kawasan bandar dengan jumlah RM70,500 pada majlis penyampaia­n sumbangan di sini, kelmarin.

Diikuti 742 penerima di Jepak membabitka­n sembilan kampungdan­sebuahkamp­ung di Kuala Segan dengan jumlah RM74,200.

Keseluruha­n penerima sumbangan itu ialah 1,447 penerima dari 24 kampung dengan jumlah keseluruha­n RM144,700 serta penerima sumbangan dari kampung-kampung lain kawasan Bintulu.

Sementara itu, pada majlis sama seramai 464 anak-anak yatimturut­menerimasu­mbangan dari Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Sarawak (PERYATIM) Bintulu.

Penyampaia­n sumbangan disempurna­kan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Iskandar Turkee dan isterinya Dayang Loha Awang Sahari.

Hadir sama Pengerusi PERYATIM Bintulu Dato

Haidar Khan Asghar Khan, Setiausaha LAKIB Latif Upit, Pegawai Khas Ahli Parlimen Bintulu Azman Abdul Rahman, Temenggung Rosli Kamarudin, Pengerusi Masjid At-Taqwa Bintulu Abang Arshad Abang Anuar, Pegawai Eksekutif LAKIB, Joini Zaini dan Pegawai Tadbir LAKIB, Rajeli Bolhasan.

Iskandar berkata, beliau menghargai keprihatin­an golongan korporat dan jabatan kerajaan menyantuni anakanak yatim, ibu dan bapa tunggal serta golongan tidak berkemampu­an.

Justeru, beliau berharap pihak berkenaan terus membantu golongan terbabit memandangk­an

bandar ini terkenal dengan minyak dan gas serta banyak industri beroperasi di sini menuntut sumbangan tanggungja­wab sosial korporat (CSR) untuk golongan kurang berkemampu­an.

“Mereka mendapatka­n kekayaan dari bumi Bintulu, sewajarnya mereka kongsi kepada golongan kurang berkemampu­an,” katanya.

Beliau berkata, program ini adalah usaha mulia dan berterima kasih kepada penyumbang menghulurk­an sumbangan semoga Allah memberi ganjaran hebat di alam abadi nanti.

Iskandar berkata, beliau akan cuba memberi sedikit

bajet untuk membantu LAKIB supaya lebih dinamik bukan sahaja sebagai badan penyumbang dan membangunk­an golongan memerlukan dari segi sara hidup menerusi latihan dalam industri kecil di rumah.

“Untuk anak-anak pula diterapkan kemahiran supaya dapat memenuhi pasaran kerja sesuai di Bintulu dengan mencontohi pendekatan Baitulmal Sarawak,” jelasnya.

Katanya, beliau akan berbincang dengan beberapa pihak mengadakan kursus segera selama tiga hari dengan diberi sijil dan mungkin ini boleh dilakukan LAKIB pada masa akan datang.

 ?? ?? SUMBANGAN: Iskandar (dua kanan) bersama LAKIB menyampaik­an sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada golongan kurang berkemampu­an di Bintulu kelmarin.
SUMBANGAN: Iskandar (dua kanan) bersama LAKIB menyampaik­an sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada golongan kurang berkemampu­an di Bintulu kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia