Utusan Borneo (Sarawak)

Brunergy Utama umum projek kereta api rentas Borneo

Rangkaian kereta api berkelajua­n tinggi dirancang dibina dalam dua fasa, melibatkan laluan sepanjang 1,620 kilometer

- Oleh Clare Cinderella Kenyataan Brunergy Utama Sdn Bhd

MIRI: Pulau Borneo akan dihubungi dengan lebih pantas dan mudah, apabila projek Trans Borneo Railway (TBR) rangkaian kereta api berkelajua­n tinggi pertama di Borneo menjadi nyata kelak.

Brunergy Utama Sdn Bhd yang mengumumka­n projek TBR itu di laman sesawang rasminya memberitah­u, projek itu kelak akan dibina dalam dua fasa, melibatkan laluan sepanjang 1,620 kilometer (km).

Syarikat itu mendedahka­n purata laluan antara setiap stesen ialah 150km, dengan kelajuan 300 hinggga 350km sejam dan purata bagi setiap perjalanan akan memakan masa selama 30 minit.

“Fasa pertama pembinaan akan menghubung­kan kuasa ekonomi di bandar-bandar pantai barat ke timur; bermula di Pontianak, Kalimantan Barat dan berakhir di Kota Kinabalu, Sabah.

“Pembinaan laluan dalam fasa pertama ini kelak akan melibatkan bandar raya

Kota Kinabalu-Kimanis/Papar-Beaufort-Sipitang-Lawas-Bangar-Limbang-Bukit Panggal-Miri-Bintulu-SibuSri Aman-Kuching-Sambas-Singgawang-Mempawah-Pontianak,” demikian menurut Brunergy.

Manakala fasa kedua kelak akan memasuki wilayah Kalimantan Utara dan Timur untuk menghubung­kan laluan utama dengan bandar terbesar Borneo, Samarinda dan kemudianny­a ibu negara Indonesia di masa depan, Nusantara.

Pembinaan bagi laluan fasa kedua ini melibatkan stesen dari Bukit Panggal (di Brunei) ke Long Seridan-Ba’ Kelalan-Long Bawan-Malinau-Tanjung Selor-Tandjungre­deb-Pengadan-Lubuk Tutung-Bontang-Samarinda-Balikpapan.

TBR akan menjadi tuan rumah empat terminal, berfungsi sebagai hab utama untuk pengangkut­an massa, bersama-sama dengan 24 stesen di seluruh pulau.

Kedua-dua laluan kereta api itu akan bersambung di daerah Tutong, Brunei yang

terletak di lokasi strategik dan berfungsi sebagai hab pusat TBR.

Brunergy Utama Sdn Bhd (Brunergy) ialah sebuah syarikat milik penuh warga Brunei, yang memberi tumpuan kepada pembinaan projek infrastruk­tur utama untuk memacu pertumbuha­n ke hadapan di Borneo.

Kereta api berkelajua­n tinggi juga dikenali sebagai ‘bullet train,’ adalah sejenis kereta api penumpang yang beroperasi pada rangkaian kereta api berkelajua­n tinggi yang mampu mencapai kelajuan maksimum 320km atau lebih sejam serta menawarkan pengalaman perjalanan yang sangat unik dan cekap kepada penumpang.

Menurut Brunergy, pengenalan teknologi ini ke rantau ini akan meningkatk­an interaksi manusia ke tahap yang berbeza dan akan mampan

untuk 50 tahun akan datang atau lebih tanpa banyak persaingan dan perubahan teknologi.

“Walaupun Borneo Malaysia dan Indonesia telah mengalami pembandara­n berskala besar dalam beberapa dekad yang lalu, sebahagian besar pendudukny­a kekal terpisah dan tinggal dalam komuniti luar bandar yang kurang maju yang tersebar di seluruh pulau.

“Meskipun saiz dan potensi ekonominya melalui sumber semula jadi yang banyak, namun negeri-negeri di Pulau Borneo tidak berkongsi hubungan yang sama dengan pasaran global yang lebih luas berbanding kebanyakan wilayah jirannya,” jelas syarikat itu.

Katanya, dengan lebih 30 etnik yang berbeza, pulau ini mempunyai antara kepekatan budaya yang paling pelbagai

di planet ini, justeru langkah mempercepa­tkan pertukaran sumber manusia, barangan, perkhidmat­an dan nilai akan memacu ke hadapan dalam hubungan sosial, melalui usaha pembinaan TBR dan tidak seperti sebelum ini.

Malah, penguranga­n kos dan penjimatan masa pemindahan untuk barangan memasuki pasaran akan memangkin lonjakan kuantum dalam produktivi­ti untuk ekonomi perkongsia­n pulau ini.

“Paling utama ialah pengenalan teknologi dan industri baharu melalui TBR sudah pasti akan membuka peluang pekerjaan baharu

untuk penduduk tempatan,” jelas syarikat itu lagi.

Diperbadan­kan pada 21 Oktober 2013, Brunergy pada mulanya dikenali sebagai Mumin Energy (B) Sdn Bhd dan beroperasi dalam sektor minyak dan gas.

Namun setahun kemudian, pengasas syarikat Danny Chong dan Khalid Abdul Mumin menyelaras­kan semula misi syarikat untuk memberi tumpuan kepada sistem penghantar­an pengangkut­an massa untuk Brunei dan negara jiran Malaysia, sekali gus menamakan semula syarikat itu pada 5 Ogos 2014 kepada Brunergy Utama (B)

Sdn Bhd.

Diilhamkan oleh peningkata­n populariti kereta api berkelajua­n tinggi di China, Jepun dan bahagian lain di dunia, Brunergy akhirnya membuat keputusan muktamad untuk meneruskan usaha ini ke pulau Borneo.

Projek ini pertama kalinya dibentangk­an kepada Kementeria­n Pengangkut­an dan Infokomuni­kasi Negara Brunei Darussalam pada 2022, sebelum ia diumumkan sekitar Jun 2023, selepas syarikat berkenaan mengadakan beberapa siri lawatan kepada kementeria­n berkaitan di ketiga-tiga negara.

“Fasa pertama pembinaan akan menghubung­kan kuasa ekonomi di bandar-bandar pantai barat ke timur; bermula di Pontianak, Kalimantan Barat ” dan berakhir di Kota Kinabalu, Sabah.

 ?? ?? LALUAN: Laluan bagi projek TBR yang merentasi Pulau Borneo dengan laluan di Sabah dan Sarawak merupakan sebahagian projek fasa pertama, manakala laluan di timur Kalimantan berada dalam fasa kedua.
LALUAN: Laluan bagi projek TBR yang merentasi Pulau Borneo dengan laluan di Sabah dan Sarawak merupakan sebahagian projek fasa pertama, manakala laluan di timur Kalimantan berada dalam fasa kedua.
 ?? ?? ILHAM: Peningkata­n populariti kereta api berkelajua­n tinggi atau ‘bullet train’di China dan Jepun memberikan ilham kepada Brunergy untuk membawa teknologi tersebut ke Pulau Borneo.
ILHAM: Peningkata­n populariti kereta api berkelajua­n tinggi atau ‘bullet train’di China dan Jepun memberikan ilham kepada Brunergy untuk membawa teknologi tersebut ke Pulau Borneo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia