Utusan Borneo (Sarawak)

Pindah segera mangsa kebakaran Kg Haji Baki ke Landeh

Mangsa perlu tempat lebih selesa, tidak boleh dibiar tinggal di khemah sementara untuk jangka masa yang lama: Chong

-

KUCHING: Kerajaan digesa menyegerak­an pemindahan mangsa kebakaran Kampung Haji Baki ke rumah pangsa Program Perumahan Rakyat (PPR) di Landeh.

Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen berkata, semua mangsa tidak boleh dibiarkan tinggal di khemah sementara untuk jangka masa yang lama.

“Mereka memerlukan tempat penginapan yang lebih selesa.

“Justeru, saya menggesa kerajaan mempercepa­tkan proses perpindaha­n,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat mangsa kebakaran Kampung Haji Baki di Dewan Serbaguna kam

pung itu di sini, semalam.

Pada lawatan itu, Chong turut menyampaik­an bantun

berupa cek berjumlah RM24,000 yang diperuntuk­kan daripada Pusat

Khidmatnya kepada mangsa kebakaran membabitka­n lapan rumah di Kampung

Haji Baki.

Ahli Parlimen Stampin itu berkata, setiap isi rumah masing-masing menerima RM3,000 yang sedikit sebanyak dapat membantu untuk membeli barang keperluan harian.

Pada 29 Mac lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang berkata, mangsa kebakaran di Kampung Haji Baki akan ditempatka­n sementara di rumah pangsa PPR di Landeh.

Lo berkata, bantuan segera berupa bungkusan makanan, pakaian dan bantuan wang tunai RM250 untuk sewa akan diberikan kepada empat keluarga yang hilang tempat tinggal selepas kebakaran memusnahka­n rumah mereka pada 22 Mac lalu.

Tambahnya, keluarga-keluarga itu akan ditempatka­n di rumah pangsa tersebut sementara rumah baharu mereka dibina.

“Bantuan tunai sewa akan diberikan kepada mangsa sepanjang tempoh penyewaan berdasarka­n nilai rumah.

“Selain itu, kerajaan Sarawak juga akan membantu membaiki rumah yang sebahagian­nya rosak,” katanya.

Terdahulu, sebanyak lapan rumah di Kampung Haji Baki dilaporkan terbakar awal pagi 22 Mac lalu dengan empat rumah telah musnah sepenuhnya dan empat lagi terbakar 30 peratus struktur rumahnya.

Mereka memerlukan tempat penginapan yang lebih selesa. Justeru, saya menggesa kerajaan mempercepa­tkan proses perpindaha­n.

Chong Chieng Jen Pengerusi DAP Sarawak

 ?? ?? SANTUNI: Chong ketika melawat dan menyampaik­an bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Haji Baki semalam.
SANTUNI: Chong ketika melawat dan menyampaik­an bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Haji Baki semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia