Utusan Borneo (Sarawak)

Program Jerayawara Bubur Lambuk santuni agensi kerajaan di Meradong

-

Program Jerayawara Bubur Lambuk anjuran bersama Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Bintangor dan PBB Cawangan Meradong mengagihka­n sebanyak 528 bungkus bubur lambuk dan 264 bungkus kurma.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing berkata bubur dan kurma tersebut diagihkan kepada kakitangan agensiagen­si kerajaan di daerah Meradong.

“Program ini adalah bagi merapatkan hubungan silaturahi­m dalam kalangan kakitangan agensi-agensi kerajaan untuk berbuka puasa.

“Kita berharap program ini dapat diteruskan kerana menjadi landasan mengukuhka­n semangat perpaduan terutamany­a dalam kalangan penjawat awam pelbagai agensi dan jabatan,” katanya pada Program Jerayawara Bubur Lambuk di sini, kelmarin.

Menurut Ding, program seumpama ini juga merupakan salah satu acara yang menyerikan bulan Ramadan.

Beliau turut mengagihka­n sebanyak 30 bakul makanan kepada penerima bantuan bulanan tersenarai dalam Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Meradong.

“Semua penerima bakul makanan adalah kategori Orang Kurang Upaya (OKU) dari Kampung Muhibah Bintangor, Kampung Darul Falah Gemuan, Kampung Abang Amin, Selemas, Abang Ali, Bidadari, Skim B Meradong dan Tanjung Bundong.

“Program tersebut adalah untuk membantu meringanka­n bebanan ahli-ahli keluarga penerima bantuan bulanan JKM sempena bulan Ramadan ini,” jelasnya.

Hadir sama Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong DSP Sekam Anoi, Pemangku Pegawai Daerah Meradong Thomas Geoffrey Kendawang, Pegawai Pertanian Daerah Meradong, Yunus Akup dan ketua-ketua jabatan kerajaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia