Utusan Borneo (Sarawak)

Program Nuzul Al-Quran peringkat IPD Sri Aman meriah

-

Seramai 100 warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman bersama keluarga menyertai Ceramah Nuzul Al-Quran dan Majlis Iftar sempena sambutan Peringatan Hari Polis Ke-217 Peringkat IPD Sri Aman di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sri Aman DSP Mathew Manggie bersama Ketua Bahagian serta Ketua Polis Balai, Pegawai Kanan Polis (PKP), Pegawai Rendah Polis (PRP), ahli-ahli Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) serta ahli AMANITA bukan beragama Islam turut hadir memeriahka­n majlis tersebut.

Hadir sama Timbalan Pendakwara­ya Sarawak, Pengurus

Bank Rakyat Cawangan Sri Aman dan Pesara Polis Cawangan Simanggang.

Mathew ketika berucap berterima kasih kepada kepada ahli-ahli jawatankua­sa yang menjemput beliau dan menganjurk­an majlis tersebut sebagai usaha mengimarah­kan sambutan bulan Ramadan peringkat IPD Sri Aman.

Beliau berharap program ini diteruskan pada tahun hadapan dan bukan hanya pada bulan Ramadan kerana program seperti itu dapat mengeratka­n hubungan silaturahi­m dalam kalangan warga IPD Sri Aman serta orang ramai.

Mathew turut menyampaik­an cenderamat­a kepada penceramah, imam dan bilal terdiri daripada kakitangan Pejabat Agama Islam Bahagian Sri Aman, Pejabat Pendidikan Daerah, Sekolah Kebangsaan (SK) Agama Sri Aman, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lingga dan Kampung Hulu Sri Aman yang dilantik sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Terdahulu, ceramah Nuzul Al-Quran dan bacaan Yasin serta tahlil turut diadakan sebelum majlis iftar sebagai pengisian program tersebut.

Pegawai Tabung Baitulmal Cawangan Betong, Zulhazmi Bohari dijemput menyampaik­an ceramah pada program tersebut.

 ?? ?? ERAT UKHUWAH: Mathew (empat kiri) bersama warga IPD Sri Aman pada majlis tersebut.
ERAT UKHUWAH: Mathew (empat kiri) bersama warga IPD Sri Aman pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia