Utusan Borneo (Sarawak)

Sunlight Pharmacy buka gudang pertama di Sarawak

Ia merupakan satu mercu tanda penting dalam menyediaka­n perkhidmat­an kepada masyarakat khasnya di Sarawak

- Oleh Borhaniza Ali Basah Jack Sia Pengarah Urusan Kumpulan Sunlight Pharmacy

SIBU: Sunlight Pharmacy secara rasmi melancarka­n pembukaan gudang pertamanya di Sarawak yang terletak di Lorong Ubah, Jalan Lanang di sini, semalam.

Pengarah Urusan Kumpulan Sunlight Pharmacy Jack Sia berkata, ia merupakan cawangan Sunlight Pharmacy yang ke-39 dan gudang ketiga di seluruh Borneo (Sabah dan Sarawak).

“Sebenarnya, jika anda merenung kembali sejarah, gudang ini adalah satu mercu tanda penting bagi Sunlight Pharmacy dalam menyediaka­n perkhidmat­an kepada masyarakat, terutamany­a di Sarawak.

“Ini kerana cawanganca­wangan ini dan gudang ini khususnya menekankan pada peralatan perubatan.

“Fungsi utama lain bagi gudang ini adalah memberi kita lebih banyak ruang, jadi kita boleh menyimpan lebih banyak stok yang dibekalkan

Fungsi utama lain bagi gudang ini adalah memberi kita lebih banyak ruang, jadi kita boleh menyimpan lebih banyak stok yang dibekalkan secara langsung daripada pembekal, dan seterusnya meningkatk­an kecekapan penghantar­an stok ke cawangan.

secara langsung daripada pembekal, dan seterusnya meningkatk­an kecekapan penghantar­an stok ke cawangan.

“Jadi, masa menunggu yang sebelum ini sehingga dua minggu, mungkin dapat kita kurangkan kepada tiga hingga lima hari,” katanya ketika ditemui pemberita setelah majlis pelancaran gudang berkenaan.

Sempena dengan pembukaan itu, Sunlight Pharmacy menyusun beberapa siri aktiviti

dan promosi percuma untuk orang ramai di mana bermula semalam hingga 1 April, pengunjung boleh menikmati pemeriksaa­n, perkhidmat­an pembersiha­n dan pemeriksaa­n fungsi kerusi roda secara percuma untuk memastikan keselamata­n dan kebolehper­cayaan alat mobiliti penting itu.

Selain itu, Sunlight Pharmacy turut menawarkan ujian kalibrasi dan penyesuaia­n percuma untuk pengukur tekanan darah dan meter glukosa daripada jenama yang terkenal seperti Omron, Yuwell, Accu-Chek, Bionime, Contour dan banyak lagi.

“Perkhidmat­an ini amat berguna bagi pesakit kencing

manis dan darah tinggi bagi memastikan ketepatan peranti pemantauan mereka,” kata Sia.

Pada masa yang sama katanya, mereka juga menawarkan perkhidmat­an sewa dan beli pelbagai peralatan kesihatan.

Sementara itu, cawangan itu turut menawarkan pelbagai

farmaseuti­kal, makanan tambahan kesihatan, formula bayi, produk penjagaan kulit, produk penjagaan rambut dan bekalan pertolonga­n cemas, sekali gus memperkuku­h peranannya sebagai destinasi serba ada untuk kesihatan dan kesejahter­aan.

Dengan penawaran komprehens­if dan dedikasi kepada perkhidmat­an pelanggan, Sunlight Pharmacy bersedia untuk menjadi mercu tanda kecemerlan­gan penjagaan kesihatan di Sibu, memberikan penduduk peluang untuk hidup lebih sihat dan gembira.

Memfokuska­n diri dalam pelbagai peralatan dan bekalan perubatan, cawangan terbaharu Sunlight Pharmacy inimenawar­kan pelbagai produk termasuk kerusi roda, brese, katil hospital, pengkonsen­trat oksigen, pengukur tekanan darah, meter glukosa dan banyak lagi.

Kepelbagai­an perkhidmat­an ini memenuhi keperluan pemulihan dan penjagaan kesihatan harian, memastikan penduduk tempatan mempunyai akses kepada keperluan asas yang diperlukan.

 ?? ?? JOM DATANG: Sia (enam kanan), Pengarah Eksekutif Sunlight Pharmacy Sarawak Nellie Sia (empat kiri), Pengarah Sunlight Pharmacy Sibu Alvin Ng (lima kiri) serta yang lain memotong reben sebagai simbolik pembukaan gudang Sunlight Pharmacy di Lorong Ubah, Jalan Lanang di Sibu, semalam.
JOM DATANG: Sia (enam kanan), Pengarah Eksekutif Sunlight Pharmacy Sarawak Nellie Sia (empat kiri), Pengarah Sunlight Pharmacy Sibu Alvin Ng (lima kiri) serta yang lain memotong reben sebagai simbolik pembukaan gudang Sunlight Pharmacy di Lorong Ubah, Jalan Lanang di Sibu, semalam.
 ?? ?? TIDAK LEPAS PELUANG: Orang ramai mendapatka­n perkhidmat­an pmeriksaan tekanan darah percuma sempena pembukaan gudang Sunlight Pharmacy di Lorong Ubah, Jalan Lanang di Sibu, semalam.
TIDAK LEPAS PELUANG: Orang ramai mendapatka­n perkhidmat­an pmeriksaan tekanan darah percuma sempena pembukaan gudang Sunlight Pharmacy di Lorong Ubah, Jalan Lanang di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia