Utusan Borneo (Sarawak)

Program Jualan Rahmah Bergerak anjuran Pusat Khidmat Miri berjaya

-

Pasukan Pusat Khidmat Miri dengan kerjasama Persatuan Prihatin Sibuti dan Daerah Miri berjaya menganjurk­an program Jualan Rahmah Bergerak di Kampung Riam Jaya, Kampung Tanjung Batu 1 dan Kampung Lereng Bukit.

Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man berkata, tujuan utama program ini adalah untuk membawa keberkatan kepada masyarakat Miri melalui pelbagai Jualan Rahmah yang disediakan.

Katanya, program itu bukan sahaja bertujuan untuk memberi peluang kepada penduduk setempat bagi mendapatka­n barangan dengan harga yang berpatutan, tetapi juga untuk meringanka­n beban golongan B40.

“Program Jualan Rahman ini diteruskan hampir setiap minggu sepanjang

bulan Mac di sekitar kampung-kampung ini berjaya menyemarak­kan kehidupan masyarakat tempatan.

“Saya berharap agar program ini dapat memberikan

pelbagai manfaat kepada rakyat Miri. Justeru, program ini adalah satu inisiatif Pusat Khidmat Miri bagi menyediaka­n pelbagai keperluan asas dengan potongan harga sehingga 30 peratus daripada harga pasaran,” katanya.

Chiew berkata, ia juga bertujuan untuk membantu umat Islam yang menyambut bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri dengan lebih bersedia, menyediaka­n pelbagai barangan keperluan dan keperluan raya dengan harga yang lebih terjangkau.

“Saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semangat kebersamaa­n dan keberkatan yang dihasilkan daripada Program Jualan Rahmah Bergerak ini telah membawa kesan positif dalam komuniti Miri.

“Kami berharap agar semangat ini akan terus berkembang dan memberikan impak yang lebih besar lagi pada masa akan datang,” tambahnya.

 ?? ?? BERSEDIA: Chiew menunjukka­n antara barangan yang ditawarkan untuk Jualan Rahmah Bergerak di kawasan kampungkam­pung terpilih.
BERSEDIA: Chiew menunjukka­n antara barangan yang ditawarkan untuk Jualan Rahmah Bergerak di kawasan kampungkam­pung terpilih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia