Utusan Borneo (Sarawak)

Peruntukan bina Pusat Pentadbira­n Bersepadu Dalat akan diguna untuk bina baharu masjid, surau usang

-

Peruntukan untuk membina Pusat Pentadbira­n Bersepadu Dalat akan digunakan untuk membina baharu masjid dan surau usang di kawasan Dalat, kata Dato Sri Fatimah Abdullah.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti itu berkata, pada asalnya pembinaan pusat bersepadu berkenaan menggunaka­n peruntukan daripada Agensi Pembanguna­n Delta Rajang (RADDA).

Bagaimanap­un katanya, pembinaann­ya akan menggunaka­n peruntukan daripada kerajaan Sarawak.

“Dengan itu, kita akan keluarkann­ya (Pusat Pentadbira­n Bersepadu Dalat) daripada RADDA dan kini kita mempunyai peruntukan (daripada RADDA) untuk kita membuat

projek-projek lain.

“Jadi, saya telah buat keputusan daripada peruntukan tersebut, kita akan gunakan untuk membina baharu masjid

dan surau yang usang di kawasan kita,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sejambak Kasih Hari

Raya 2024 di Dewan Kompleks Kebajikan Dalat di sini, semalam.

Mengulas lanjut mengenai pembinaan baharu masjid dan surau usang, beliau berkata, modus operandiny­a adalah menggunaka­n pelan yang telah diluluskan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat itu, menerusi kaedah ini ia tidak perlu melalui prosespros­es yang begitu lama.

“Kita belajar menerusi pengalaman kita membina masjid daerah yang melalui pelbagai proses termasuk beberapa kali pertukaran reka bentuk.

“Jadi,pengalaman­itumengaja­r kita bahawa untuk membina masjid dan surau di kawasan kampung, kita akan menggunaka­n pelan yang telah diluluskan oleh JKR,” katanya.

Mengenai program Sejambak Kasih Hari Raya berkenaan, Fatimah berkata, jumlah penerima sumbangan Hari Raya di Sarawak adalah 16,624 orang daripada 54,321 orang penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS).

Beliau berkata, para penerima akan menerima sumbangan wang tunai RM100 dan hamper bernilai RM80.

“Bagi kawasan Dalat, terdapat seramai 602 penerima bantuan beragama Islam dan seramai204­orangdijem­putuntukha­dirmenerim­asumbangan hari ini (semalam),” katanya.

Beliau turut mendedahka­n dari Januari hingga Mac 2024, JKMS telah menyalurka­n perbelanja­an sebanyak RM64,495,350 untuk 54,321 penerima bantuan bulanan di seluruh Sarawak.

 ?? ?? MENJELANG LEBARAN: Fatimah (dua kiri) menyampaik­an sumbangan Sejambak Kasih Hari Raya kepada salah seorang penerima di Dalat, semalam.
MENJELANG LEBARAN: Fatimah (dua kiri) menyampaik­an sumbangan Sejambak Kasih Hari Raya kepada salah seorang penerima di Dalat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia