Utusan Borneo (Sarawak)

Petronas nadi, penyumbang kepada pembanguna­n negara

-

Petroliam Nasional Berhad (Petronas) merupakan nadi dan penyumbang kepada pembanguna­n Malaysia serta disokong usaha murninya membantu golongan kurang bernasib baik.

Demikian kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok Dato Ibrahim Baki ketika menyampaik­an penghargaa­n atas sumbangan wakalah zakat Petronas kepada 200 penerima di kawasannya, semalam.

“Bila timbulnya banjir, COVID-19...mereka menolong, kita harus sokong Petronas iaitu nadi dan penyumbang kepada pendapatan negara.

“Kita perlukan Petronas menyumbang kepada negara yang mana boleh kita gunakan duit tersebut untuk pembanguna­n Malaysia,” ujarnya semasa berucap pada Program Wakalah Zakat 2024 di Bangunan Pertubuhan Anak Seni Bandarsah Kuching di sini.

Pada majlis sama, Pengurus Besar Petronas Sarawak Zulaihi Mantali berkata, pihaknya melalui Badan Kebajikan Kakitangan Islam Petronas (BAKIP) menyampaik­an sumbangan zakat oleh kakitangan­nya.

Ia diadakan sebagai program tahunan BAKIP bagi membantu golongan kurang bernasib baik.

“Kita hulur sumbangan hari ini (semalam) kepada 160

keluarga asnaf dan 40 lagi untuk anak- anak Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PPDK) Sri Satok,” katanya.

Selain pengagihan sumbangan kepada penerima asnaf, RM5,000 turut disalurkan kepada masjid yang telah dikenal pasti di Samarahan iaitu Masjid Darul Malihah, Kampung Bukit Berangan.

Program tersebut katanya, juga akan diteruskan ke kawasan Samariang dan Samarahan pada tarikh yang akan ditetapkan nanti.

“Harapan kami agar sumbangan wakalah zakat ini dapat membawa lebih keceriaan kepada semua di musim

perayaan ini.

“Selain itu, dapat meringanka­n beban dan digunakan sebagai persediaan untuk menyambut Hari Raya,” tambahnya.

Turut hadir, Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri Malaysia Zulkarnain Muhammad Hasbie, Pengurus Kanan Petronas Sarawak Norazibah M. Rabu, Ketua Wanita PBB Cawangan Satok Salina Mohamad Salleh, Ahli Majlis Salina Mohamad Salleh, Ketua Pemuda PBB Cawangan Satok Mohd Akram Mohamad Karim, Temenggung Abdullah Jamil dan Pemanca Rosli Sahari.

 ?? ?? KONGSI NIKMAT: Ibrahim (kanan) menyampaik­an sumbangan duit raya kepada salah seorang penerima Wakalah Zakat 2024 di Bangunan Pertubuhan Anak Seni Bandarsah Kuching, semalam.
KONGSI NIKMAT: Ibrahim (kanan) menyampaik­an sumbangan duit raya kepada salah seorang penerima Wakalah Zakat 2024 di Bangunan Pertubuhan Anak Seni Bandarsah Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia