Utusan Borneo (Sarawak)

Kadar capaian elektrifik­asi hampir penuh di Sarawak: Dr Abd Rahman

-

Kadar capaian elektrifik­asi telah hampir penuh di seluruh Sarawak, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

MenurutDrA­bdulRahman, usaha tersebut merupakan komitmen Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk memastikan semua isi rumah di Sarawak mendapat capaian elektrik menjelang mencapai visi Sarawak Maju 2030.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada Sarawak Energy atas komitmen mereka selaku pembekal elektrik utama di Sarawak di bawah seliaan Kementeria­n Utiliti dan Telekomuni­kasi, yang kini telah mencapai kadar elektrifik­asi yang hampir penuh di seluruh Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis berbuka puasa anjuran Sarawak Energy di Masjid Darul Ehsan Piasau pada Khamis lalu.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut yang juga Datuk Bandar Adam Yii dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy Datuk Sharbini Suhaili.

Sempena sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri, Dr Abdul Rahman berkata komitmen bersama Sarawak Energy dan pimpinan masyarakat setempat akan memastikan operasi dan bekalan elektrik setempat berfungsi sebaiknya.

“Semoga kerjasama yang baik di antara agensi korporat dan masyarakat, dapat memberi manfaat kepada masyarakat dalam merealisas­ikan hasrat kerajaan Sarawak,” tambahnya.

Beliau dalam ucapannya turut menekankan tentang kepentinga­n rakyat untuk meraikan kebersamaa­n dalam masyarakat.

“Walaupun ramai dalam kalangan kita berbeza kaum dan agama, tidak membezakan kita sebagai anak Sarawak,” jelasnya.

Selain itu, penting untuk rakyat mengekalka­n keharmonia­n kaum dengan meraikan kebersamaa­n sebagai masyarakat anak Sarawak.

Mengenai majlis, katanya penganjura­n itu penting untuk menghubung­kan silaturahi­m bukan hanya di antara pemimpin dan masyarakat, namun hubungan agensi korporat yang rapat dengan masyarakat.

Ia turut memperliha­tkan kebersamaa­n serta kepedulian pemimpin dan warga korporat terhadap kehidupan dan keperluan rakyat, katanya.

 ?? ?? TERIMALAH: (Dari enam kanan) Yii, Dr Abdul Rahman, Sharbini bergambar bersama penerima sumbangan pada majlis berbuka puasa Sarawak Energy di Masjid Darul Ehsan, Piasau di Miri pada Khamis lalu.
TERIMALAH: (Dari enam kanan) Yii, Dr Abdul Rahman, Sharbini bergambar bersama penerima sumbangan pada majlis berbuka puasa Sarawak Energy di Masjid Darul Ehsan, Piasau di Miri pada Khamis lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia