Utusan Borneo (Sarawak)

Inisiatif PPK bantu selesai masalah tiada taraf kewarganeg­araan: Gira

-

BINTULU: Pasukan petugas khas (PPK) merupakan antara langkah efektif bagi mengesan serta menyelesai­kan isu penduduk negeri ini yang tidak mempunyai status kewarganeg­araan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Christophe­r Gira Sambang.

Menurutnya, melalui kaunter program sebegini secara tidak langsung akan membantu dalam menyelesai­kan isu penduduk yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Apa yang penting ialah langkah yang pantas dan proaktif sebegini akan memastikan setiap penduduk yang merupakan kelahiran negara ini mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah, sekali gus membolehka­n mereka mendapat keistimewa­an serta bantuan yang sepatutnya sebagai rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam program menangani isu penduduk Sarawak yang tidak

mempunyai taraf kewarganeg­araan bertempat di Dewan Penghulu Balang Sekuau pada Khamis lalu.

Program PPK ini merupakan lokasi keempat di DUN Tamin bagi menyelesai­kan masalah ketiadaan dokumen pengenalan diri dalan kalangan penduduk di kawasan ini.

Gira berkata usaha ini telah dipersetuj­ui oleh Premier

Sarawak dan Kementeria­n Dalam Negeri melalui aktiviti turun padang bagi menyelesai­kan masalah rakyat yang masih belum mempunyai dokumen pengenalan diri.

Untuk makluman ujarnya, setakat ini terdapat sekitar 8,000 penduduk di negeri ini masih belum mempunyai dokumen pengenalan diri.

“Manakala di kawasan Tamin, kawasan DUN ini

mempunyai lebih 200 individu yang masih belum mempunyai pengenalan diri.

Usaha ini katanya, lebih mudah memandangk­an tuai rumah dan penghulu dapat menjalanka­n pengesahan sama ada individu terbabit benar-benar rakyat Sarawak atau sebaliknya.

Pegawai Tadbir Daerah Tatau Jennyvee Jenai antara yang hadir.

 ?? ?? UNTUK ALBUM: Gira (tengah) merakamkan gambar bersama-sama para hadirin pada program berkenaan.
UNTUK ALBUM: Gira (tengah) merakamkan gambar bersama-sama para hadirin pada program berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia