Utusan Borneo (Sarawak)

Dana RTP RM1 juta untuk naik taraf lapan jalan di tebing barat Sibu

-

SIBU: Kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan khas Program Transforma­si Luar Bandar (RTP) sebanyak RM1 juta bagi menaik taraf lapan jalan di kawasan tebing barat bandar Sibu.

Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Komuniti Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Bawang Assan Kaunselor Kevin Lau berkata, peruntukan tersebut menunjukka­n keprihatin­an Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg terhadap kawasan Bawang Assan.

“RTP khas ini menunjukka­n komitmen kerajaan negeri untuk membangunk­an semua rakyat termasuk di kawasan Bawang Assan,” ujarnya kepada pemberita semasa melawat jalan di tebing barat Sibu, baru-baru ini.

Menurut Lau, jawatankua­sa telah menyenarai­kan beberapa perkara yang perlu diselesaik­an dan bagi kawasan tebing barat Sibu, kebanyakan jalan berada di kawasan tanah lembut menyebabka­n jalan mendap dan ditenggela­mi air.

“Jawatankua­sa telah menulis surat kepada Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim

Kui Hian memohon RTP khas bagi Bawang Assan dan menghantar cadangan bagi menaik taraf lapan jalan.

“Cadangan ini kemudian dihantar kepada Premier Sarawak yang kemudian meluluskan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi menaik taraf lapan jalan tersebut,” jelasnya.

Lapan jalan terbabit ialah Jalan Chew Kung, Jalan Chung Hung Toh, Jalan New Maling, Jalan Fu Kui, Jalan Tai Sing, Jalan Chung Sing, Jalan Yong Kok dan Jalan Tanjung Maling.

Lau berkata, kesemua lapan

jalan ini terletak di bawah bidang kuasa Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) dan keutamaan diberikan kepada Jalan Chew Kung sepanjang lebih kurang tujuh kilometer yang menghubung kawasan penduduk di Empawah dan Ensurai.

Ditanya mengenai skop kerja beliau memberitah­u, kebanyakan melibatkan kerja-kerja menaikkan paras jalan yang tenggelam akibat tanah mendap, selain meninggika­n bahu jalan.

“Kita juga berterima kasih kepada MDLBS yang telah bekerjasam­a dengan kita

dalam perkara ini,” tambah Lau.

Sementara itu, menurut Setiausaha MDLBS Ng Siang Wei, kerja-kerja menaik taraf lapan jalan itu akan bermula setelah semua proses dan prosedur yang perlu dipatuhi diselesaik­an.

“Proses ini mungkin mengambil sedikit masa kerana ada prosedur yang perlu dipatuhi.

“Jika semua telah dihantar kepada Pejabat Residen dengan secepat mungkin, kita dapat menganuger­ahkan projek kepada kontraktor tahun ini,” ujarnya.

 ?? ?? NAIK TARAF: Lau (sepuluh kiri) dan Ng (sembilan kiri) bersama ketua kaum serta yang lain ketika meninjau keadaan di Jalan Chew Kung, baru-baru ini.
NAIK TARAF: Lau (sepuluh kiri) dan Ng (sembilan kiri) bersama ketua kaum serta yang lain ketika meninjau keadaan di Jalan Chew Kung, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia