Utusan Borneo (Sarawak)

Guro Dennis Tan kekal terajui PKS-Kuntau Iban Dayak sesi 2024-2026

-

Guro Dennis Tan telah dipilih sebulat suara untuk mengekalka­n jawatannya sebagai Pengerusi Persatuan Kuntau Sibu (PKS-Kuntau Iban Dayak) bagi sesi 20242026.

Pemilihan beliau telah dibuat dengan sebulat suara oleh jawatankua­sa dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) PKS yang diadakan di Hotel Kingwood kelmarin.

Dennis telah menjawat jawatan tersebut sebanyak empat kali berturut-turut sejak tujuh tahun penubuhan PKS.

Selain Dennis, turut terpilih semula ialah Guro Nyawai Limbie untuk timbalan pengerusi dan Guro Edwin Maring sebagai setiausaha.

Pada AGM kali ini, mereka yang terpilih ialah Guro

Bonnie Kupon sebagai timbalan setiausaha, Lee Laja (Bendahari), Guro Micholas Lembang (Timbalan Bendahari), manakala Guro Labang

Jumbau dan Zamry Ngang masing-masing sebagai Biro Kebudayaan.

Exco PKS terdiri daripada Guro Hillary Joneka, Guro

Jemat Unggap, Guro Donny Sangkap, Guro Leslie Lindang, Guro Inggit Lindang, Guro Philip Beji, Guro Roger Selan Tambi dan Guro Tuai

Rumah Sintau Misi.

Sementara itu, Dennis dalam ucapannya berkata, majoriti ahli-ahli PKS adalah terdiri daripada ‘Guro’ kuntau atau jurulatih Kuntau.

Justeru, beliau merakamkan penghargaa­nnya atas sokongan padu ahli yang terus memberi kepercayaa­n kepadanya untuk menerajui PKS.

Beliau juga turut mengucapka­n tahniah juga kepada jawatakuas­a exco yang terpilih dalam jawatan masingmasi­ng.

“Saya berjanji akan menjalanka­n tanggungja­wab yang telah diamanahka­n dengan penuh berintegri­ti sebaik mungkin seperti sebelum ini,” katanya.

Menyentuh mengenai aktiviti PKS, Dennis berkata, persatuann­ya bercadang untuk mengadakan majlis ulang tahun ke-7 PKS di sini.

Beliau juga memberitah­u bahawa PKS telah menambah keahlianny­a menerusi enam Kelab Kuntau Iban Dayak di bawah naungannya.

“Walaupun kami adalah sebuah persatuan Kuntau Dayak Iban di Sarawak tetapi kami tetap memberi komitmen dalam kebajikan serta memperkena­lkan kebudayaan etnik Iban Dayak yang lain bukan hanya Kuntau seperti Ngajat, ‘Betaboh’, ‘Beramban’ dan sebagainya untuk generasi baharu,” katanya sambil menambah matlamat PKS adalah untuk melahirkan Guro-guro Kuntau yang bertauliah/berdisipli­n di bawah naungannya.

 ?? ?? UNTUK ALBUM: Dennis (duduk tengah) bersama ahli dan exco PKS bagi sesi 2024-2026 selepas AGM di Sibu, kelmarin.
UNTUK ALBUM: Dennis (duduk tengah) bersama ahli dan exco PKS bagi sesi 2024-2026 selepas AGM di Sibu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia